Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua PBB desak gencatan senjata di Gaza, prihatin korban meningkat

Aug 21, 2025 | 2:15 PM
Encik  Antonio Guterres, PBB
Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Antonio Guterres, berucap di Persidangan Antarabangsa Tokyo mengenai Pembangunan Afrika pada 20 Ogos. - Foto REUTERS

TOKYO: Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, pada 21 Ogos menggesa gencatan senjata segera di Gaza, selepas Israel mengumumkan operasi untuk mengambil alih Bandar Gaza.

“Adalah penting untuk mencapai gencatan senjata dengan segera di Gaza untuk mengelakkan kematian dan kemusnahan akibat operasi ketenteraan Israel terhadap Bandar Gaza,” kata Encik Guterres ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Tokyo mengenai Pembangunan Afrika.

Israel, yang telah mengerahkan puluhan ribu pasukan tentera simpanan, meneruskan rancangannya untuk menakluki pusat bandar terbesar Gaza di sebalik kritikan antarabangsa terhadap operasi yang mungkin memaksa pemindahan lebih ramai penduduk Palestin.

Israel kini menguasai kira-kira 75 peratus Jaluran Gaza.

Perang meletus di Gaza pada 7 Oktober 2023, apabila kumpulan militan Hamas menyerang selatan Israel, membunuh kira-kira 1,200 orang, terutama orang awam, dan menawan 251 tebusan, menurut perangkaan Israel.

Serangan berterusan tentera Israel di Gaza telah membunuh lebih 60,000 rakyat Palestin, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Akibat serangan dan pengepungan oleh Israel, Gaza yang hampir musnah, kini dilanda masalah kekurangan makanan dan kebuluran akibat sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin itu.

Sementara itu, Encik Guterres turut menggesa pembebasan tanpa syarat tebusan yang ditahan oleh Hamas.

Beliau juga menyeru Israel supaya membatalkan rancangan untuk mengembangkan pembinaan petempatan “haram” di Tebing Barat.

Pelan petempatan Israel, yang akan memecahkan kawasan Tebing Barat yang didudukinya dan memutuskannya dari kawasan Baitulmakdis Timur, diumumkan baru-baru ini dan menerima kebenaran terakhir daripada suruhanjaya perancangan Kementerian Pertahanan pada 20 Ogos.

Kementerian Luar Palestin berkata pembinaan itu akan mengasingkan masyarakat Palestin yang tinggal di kawasan itu dan menjejas kemungkinan penyelesaian dua negara. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg