Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laporan WSJ: Universal Studios rancang buka taman tema di Saudi

Dec 22, 2025 | 12:39 PM
Universal Studios kini dalam peringkat perancangan awal untuk membina taman tema baru di Arab Saudi,
Universal Studios kini dalam peringkat perancangan awal untuk membina taman tema baru di Arab Saudi, - Foto REUTERS

RIYADH: Universal Studios sedang dalam peringkat perancangan awal untuk membina taman tema baru di Arab Saudi, lapor Wall Street Journal pada 19 Disember, memetik sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Unit Comcast sedang melakukan kerja konsep awal untuk taman itu, yang mungkin dibiayai oleh entiti yang disokong kerajaan Saudi.

Rancangan tersebut merupakan sebahagian perjanjian pelesenan dengan Universal, tambah laporan itu. Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu dengan segera.

Laporan itu tidak menyertakan butiran lanjut mengenai projek raksasa tersebut. Universal dan Comcast tidak segera menjawab pertanyaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Ketua Pegawai Eksekutif Comcast, Encik Brian Roberts, telah berkunjung ke Saudi pada November bagi persidangan pelaburan dan melawat projek mega hiburan dan sukan Qiddiya, tambah laporan itu.

Saudi sedang mempelbagaikan ekonominya sebagai sebahagian Wawasan 2030 untuk secara beransur-ansur mengurangkan pergantungan kepada minyak dan melabur dalam sektor lain, termasuk pelancongan.

Pada 31 Disember, taman tema pertama negara itu, Six Flags Qiddiya City, bakal dibuka di Riyadh.

Six Flags Qiddiya City merupakan destinasi hiburan sulung yang bakal menjanjikan keseronokan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat keluarga, rakan dan pencari pengembaraan.

Ia merupakan taman tema Six Flags yang pertama di luar Amerika Utara.

Bandar Qiddiya terletak di tengah-tengah Pergunungan Tuwaiq, hanya 40 minit dari Riyadh, bandar yang dirancang untuk menyatukan hiburan, sukan dan budaya dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Ia direka untuk menganjurkan beberapa pertandingan sukan, festival, konsert dan acara kebudayaan terbesar di dunia. – Agensi berita, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg