Tindakan DAP putus hubungan dengan presiden PAS dikecam

KUALA LUMPUR: Keputusan Parti Tindakan Demokratik (DAP) memutuskan hubungan dengan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dianggap amat melampau sekali gus memberi isyarat hubungan pakatan pembangkang bakal berkecai.

Perkara itu disuarakan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang turut menyelar tindakan DAP menggelar Datuk Abdul Hadi sebagai pengkhianat kerana ia tidak patut dikeluarkan oleh rakan sekutu parti sendiri sedangkan orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto