Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tinjauan Bounce: Japan Airlines syarikat penerbangan terbaik, SIA di tempat kedua

Aug 24, 2023 | 04:29 PM



Syarikat penerbangan Japan Airlines (JAL) dinamakan sebagai syarikat penerbangan terbaik di hadapan Singapore Airlines (SIA) yang meraih tempat kedua hasil satu tinjauan oleh sebuah syarikat penyimpanan bagasi Amerika.

Tinjauan syarikat Bounce itu melibatkan sebanyak 52 syarikat penerbangan terbesar di dunia berdasarkan bilangan keberangkatan keseluruhan mereka dan dinilai berlandaskan 10 faktor.

Ia termasuk, ketepatan waktu ketibaan, peratusan pembatalan penerbangan, bilangan penerbangan keseluruhan, hiburan dalam pesawat, makanan, keselesaan tempat duduk dan layanan oleh kakitangan.

Berat bagasi yang dibenar check-in bagi penerbangan domestik serta antarabangsa, dan bagasi yang dibenar diangkut naik ke kawasan tempat duduk penumpang, juga dinilai.


Japan Airlines meraih 8.28/10 mata berbanding 7.63 mata diperoleh SIA, kata Bounce dalam tinjauan indeks syarikat penerbangan yang diterbit pada awal bulan ini.

Kedua-dua SIA dan JAL menerima markah konsisten 4 daripada 5 mata bagi hiburan dalam penerbangan, sajian makanan, keselesaan tempat duduk dan layanan dari kakitangan.

Namun JAL mencatatkan rekod lebih baik waktu tepat ketibaan mencecah 88.36 peratus berbanding SIA pada 77.39 peratus, katanya.

Bounce menyenaraikan Qatar Airways di tempat ketiga yang meraih markah 7.5, disusuli Korean Air (7.19) dan Vistara (6.43) dari India.

SIA dinamakan syarikat penerbangan terbaik di dunia pada 2023 dalam undian global melibatkan 20 juta pengembara kendalian syarikat penyelidikan London Skytrax di hadapan Qatar Airways.

Ia merupakan kali kelima SIA dinobat anugerah itu selepas mengatasi pesaingnya dari Timur Tengah itu yang telah mempertahankan tempat pertama pada 2019, 2021 dan 2022.

JAL pula, yang dinamakan Skytrax sebagai syarikat penerbangan kelas ekonomi terbaik sedunia, disenaraikan di tempat kelima dalam senarai syarikat penerbangan terbaik itu, di belakang Emirates.

Pesaing tempatannya All Nippon Airways (ANA) meraih kedudukan ketiga.

Sementara itu, tinjauan Bounce meendapati dua syarikat dari Indonesia berada di dua kedudukan terakhir.

Wings Air meraih markah paling teruk dengan 0.37 mata manakala Lion Air meraih 0.61 mata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >