Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIA tambah penerbangan ke pasaran utama dari Mac hingga Okt 2024

Langkah penuhi permintaan kukuh termasuk guna pesawat lebih besar
Aug 07, 2023 | 03:30 PM



Singapore Airlines (SIA) akan meningkatkan kekerapan penerbangannya ke beberapa pasaran utama dari Mac hingga Oktober 2024, lantas memulihkan lebih banyak perkhidmatannya, termasuk ke Beijing, Shanghai, Hong Kong dan Melbourne, ke paras prapandemik.

SIA juga akan menyambung penerbangan terus antara Singapura dengan Barcelona, Sepanyol, sebanyak dua kali seminggu mulai 2 Jun 2024.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, SIA berkata langkah itu akan membantunya memenuhi permintaan kukuh untuk penerbangan ke destinasi ini.

Bagi beberapa laluan penerbangan, SIA akan meningkatkan kapasiti dengan menggunakan pesawat lebih besar.

Dalam penerbangan ke dan dari Cairns, Australia, ia akan menggantikan pesawat Boeing 737-8, yang mempunyai 154 tempat duduk, dengan jet jarak sederhana Airbus A350-900 yang mempunyai 303 tempat duduk.

Pesawat lebih besar Airbus A380 pula akan menggantikan pesawat A350-900 bagi salah satu perkhidmatan harian SIA ke Frankfurt, Jerman.

Mulai 31 Mac 2024, SIA juga akan menggunakan pesawat A350-900 bagi penerbangan antara Singapura dan Male di Maldives.

Dengan peningkatan kekerapan penerbangan itu, perkhidmatan SIA antara Singapura dan Dubai di Amiriah Arab Bersatu (UAE) akan melebihi paras pra-Covid-19, iaitu 11 kali seminggu, mulai 31 Mac 2024.

Perkhidmatan SIA yang lain yang akan mempunyai kekerapan mencapai atau melepasi paras prapandemik, termasuk penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Haneda Tokyo, yang akan ditingkatkan kepada empat penerbangan setiap hari mulai 1 Sept 2024.

Penerbangan ke dan dari Da Nang di Vietnam akan ditingkatkan kepada 14 kali setiap minggu mulai 1 Julai 2024.

Kekerapan penerbangan ke Ahmedabad di barat India, Darwin dan Perth di Australia, Copenhagen di Denmark, serta Seattle dan Houston di Amerika Syarikat juga akan dipulihkan ke paras pra-Covid-19.

Untuk perkhidmatan antara Singapura dengan Kuala Lumpur – laluan antarabangsa kedua tersibuk di seluruh dunia – SIA akan meningkatkan penerbangannya daripada 47 kali seminggu sekarang kepada 66 kali menjelang Ogos 2024.

Perkhidmatan harian ketiga akan ditambah antara Singapura dengan Beijing mulai Mei 2024, menjadikan kekerapan penerbangan SIA ke ibu negara China itu ke tahap prapandemik.

Mulai Ogos 2024, SIA akan terbang enam kali sehari ke Hong Kong, berbanding empat kali sekarang. Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan pesawat A350-900 bagi dua perkhidmatan tambahan itu.

Cik JoAnn Tan, naib presiden kanan SIA bagi perancangan pemasaran, berkata:

“Dengan pengeluaran jadual Musim Panas Utara SIA, pelanggan kami boleh merancang lebih awal dan mula membuat rancangan perjalanan mereka bagi 2024.”

Antara April dengan Jun 2023, SIA dan cabang bajetnya, Scoot, membawa 8.4 juta penumpang – 65.5 peratus lebih daripada setahun sebelumnya.

Faktor muatan penumpang SIA – ukuran peratusan tempat duduk yang dipenuhi – mencapai rekod 88.1 peratus.

Pada akhir Julai, SIA Group berkata kapasitinya berada di landasan betul untuk mencapai purata kira-kira 90 peratus paras pra-Covid-19 menjelang Mac 2024.

Syarikat penerbangan itu mencatatkan rekod keuntungan bersih sebanyak $734 juta bagi suku pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 30 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >