Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Tinjauan: Lebih 80% rakyat M'sia hasrat keluar undi

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sebanyak 83 peratus rakyat Malaysia menyatakan hasrat akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November ini, menurut hasil kajian Ilham Centre.



Kajian itu juga mendedahkan, sehingga 87 peratus pengundi Melayu akan keluar mengundi, 3 peratus tidak mahu mengundi dan 11 peratus belum pasti.



Dari kalangan masyarakat Cina pula, sebanyak 76 peratus melahirkan hasrat untuk mengundi manakala 85 peratus masyarakat India memberitahu perkara yang sama.



Hasil kajian Ilham Centre itu juga mendapati, pengundi kali pertama daripada golongan muda berusia 18 hingga 20 tahun dan etnik Cina serta Bumiputera bukan Muslim, mencatatkan jumlah besar ketidakpastian untuk keluar mengundi.



Kira-kira sepertiga atau 31 peratus pengundi kali pertama berusia 18 hingga 20 tahun belum memutuskan untuk keluar mengundi, berbanding bumiputera bukan Muslim (20 peratus) dan etnik Cina (18 peratus).



Kajian Ilham Centre itu melibatkan 1,622 responden di seluruh negara dan dilakukan secara bersemuka.



Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro AWANI, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.



Ia dilaksanakan oleh badan penyelidik Ilham Centre, O2 Malaysia dan Huayan Policy Institute serta Centre for Malaysian Chinese Studies.



Sementara itu, isu ekonomi muncul sebagai sebab utama mendorong pengundi PRU15 untuk keluar mengundi, dengan masalah inflasi yang kekal tinggi menjadi kebimbangan utama, demikian mengikut CGS-CIMB dalam nota penyelidikannya.



Menurut penganalisis firma itu, Cik Ivy Ng, perkara itu dikongsikan oleh Pengasas Bersama dan Pengarah Program, Merdeka Centre of Opinion Research, Encik Ibrahim Suffian, ketika dijemput pihaknya baru-baru ini bagi memberi pandangan mengenai sekitaran politik serta sentimen orang ramai sebelum pilihan raya umum.



Katanya, tinjauan itu menunjukkan bahawa sentimen rakyat Malaysia terhadap hala tuju negara kekal negatif dengan tinjauan Merdeka Center pada September lalu menunjukkan sehingga 63 peratus peserta tinjauan berpendapat negara sedang menuju ke arah yang salah.



"Encik Ibrahim berkongsi bahawa kebimbangan dua teratas pengundi ialah inflasi (32 peratus daripada responden) dan ketidakstabilan politik (13 peratus daripada responden).



"Beliau menambah bahawa tahap penerimaan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) telah susut ke paras terendah (26 peratus pada Julai 2022) sebelum meningkat kepada 38 peratus pada September lalu," katanya. - AstroAwani, BHM.




"Encik Ibrahim berkongsi bahawa kebimbangan dua teratas pengundi ialah inflasi (32 peratus daripada responden) dan ketidakstabilan politik (13 peratus daripada responden)."



- Cik Ivy Ng, penganalisis firma CGS-CIMB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >