Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS tolak perangi Iran; Qatar harap rundingan tebusan Gaza tidak terjejas

Jan 30, 2024 | 04:09 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat berikrar untuk mengambil “semua tindakan yang perlu” bagi mempertahankan tenteranya selepas serangan dron yang membunuh tiga tenteranya di Jordan.


Dalam pada itu, Qatar berkata ia berharap tindakan balas Amerika tidak akan menjejas keselamatan serantau atau kemajuan rundingan perjanjian pembebasan tebusan Gaza yang baru.

Serangan pada 28 Januari oleh militan yang disokong Iran adalah yang pertama terhadap tentera Amerika sejak perang Israel-Hamas meletus pada Oktober, dan menandakan peningkatan besar dalam ketegangan di Timur Tengah.

Jurucakap Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik John Kirby, berkata:

“Kami tidak mahu perang yang lebih luas dengan Iran. Kami tidak mahu perang yang lebih luas di rantau ini, tetapi kami perlu melakukan apa yang perlu kami lakukan.”

Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dalam satu kenyataan pada 29 Januari bahawa ia tidak terlibat dalam serangan tersebut.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, sebelum ini telah mengarahkan serangan balas terhadap kumpulan yang disokong Iran.

“Jangan ragu – kami akan bertanggungjawab kepada semua pihak pada satu masa dan mengikut cara yang kami pilih,” kata Encik Biden pada 28 Januari.

Di Pentagon, Setiausaha Pertahanan, Encik Lloyd Austin, pada 29 Januari ditukil sebagai berkata:

“Presiden dan saya tidak akan bertolak ansur dengan serangan ke atas tentera Amerika dan kami akan mengambil semua tindakan yang perlu untuk mempertahankan negara dan tentera kami.”

Pentadbiran Encik Biden berada di bawah tekanan untuk bertindak balas terhadap serangan dron dengan tegas tanpa mencetuskan perang yang lebih luas.

Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, memberitahu badan pemikir Washington bahawa beliau berharap tindakan balas Amerika tidak akan menjejaskan kemajuan ke arah perjanjian pembebasan tebusan.

Beliau menyatakan tindakan balas Amerika “pasti akan memberi kesan kepada keselamatan serantau, dan kami berharap perkara dapat dibendung”.

Di Gaza, Israel melancarkan serangan ke atas bandar terbesar di kawasan yang dikuasai Hamas itu.

Penduduk berkata serangan udara membunuh dan mencederakan ramai orang, manakala kereta kebal membedil kawasan timur dan kapal tentera laut membedil kawasan pantai barat.

Konflik bermula apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober yang membunuh 1,200 orang dan 240 yang lain ditahan sebagai tebusan.

Israel bertindak balas menerusi pengeboman dan serangan darat berterusan yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 26,000 rakyat Palestin.

Ketegangan telah meningkat di sekitar Timur Tengah, ekoran tindakan Houthi yang disokong Iran, menyerang kapal-kapal yang ada kaitan dengan Israel di Laut Merah sehingga mengganggu perkapalan global.

Pada 29 Januari, Hamas melancarkan roket pertamanya ke bandar-bandar Israel, membuktikan ia masih mempunyai keupayaan untuk melancarkannya selepas hampir empat bulan berperang. – Reuters.​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >