Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran dalam konflik dari Gaza ke Pakistan

Sejarah panjang Iran membina pasukan proksi yang memerangi musuhnya di sekitar rantau ini, serta konfliknya dengan kumpulan pemisah dan pengganas, melibatkannya dalam beberapa konflik baru-baru ini.
Jan 29, 2024 | 05:30 AM



TEHERAN: Iran telah meninggalkan kesannya dengan sokongan di belakang tabir, bagi pemberontak di tempat-tempat seperti Lebanon dan Yaman, dan dengan serangan peluru berpandu langsung minggu ini ke atas sasaran di Iraq, Syria dan Pakistan.


Hubungan Iran, sebahagiannya berpunca daripada usaha selama beberapa dekad untuk menghalang ancaman dan melemahkan musuh dengan membangun pasukan pemberontak bersenjata yang berfikiran sama di seluruh Timur Tengah.

Selain itu, Iran sendiri, seperti negara jiran, menghadapi ancaman gerakan pemisah bersenjata, dan kumpulan pengganas dalam konflik yang mudah merebak ke sempadan.

Tetapi apa kaitan Pakistan dengan Gaza? Berikut adalah pandangan bagaimana Iran terlibat dalam sengketa baru-baru ini.

Kisah di sebalik ketegangan ini

Sejak revolusi 1979 yang menjadikan Iran sebagai teokrasi Muslim Syiah, ia telah terpencil dan melihat dirinya terkepung.

Iran menganggap Amerika Syarikat dan Israel sebagai musuh terbesarnya – selama lebih empat dekad pemimpinnya telah berikrar untuk memusnahkan Israel.

Ia juga mahu mengukuhkan dirinya sebagai negara paling berkuasa di rantau Teluk Parsi, di mana saingan utamanya ialah Arab Saudi, sekutu Amerika.

Iran sering mempunyai hubungan yang berselisihan dengan Arab Saudi dan beberapa jiran Arab Muslim, yang kebanyakannya Sunni.

Dengan beberapa sekutu lain, Iran telah lama membekalkan senjata, melatih, membiayai, menasihati dan bahkan mengarahkan beberapa gerakan terhadap musuh bersama mereka.

Walaupun tentera Iran telah terlibat secara langsung dalam peperangan di Syria dan Iraq, Teheran kebanyakannya memerangi musuhnya di luar negara melalui proksi.

Iran, yang menggelar dirinya dan militia ini sebagai “Paksi Penentangan” kepada kuasa Amerika dan Israel, melihat semuanya sebagai “sebahagian daripada satu perjuangan,” kata Encik Hasan Alhasan, seorang zamil kanan, Dasar Timur Tengah, di Institut Antarabangsa untuk Kajian Strategik, kumpulan analisis dasar.

Pemimpin Iran menyifatkan pendekatan mereka sebagai strategi pertahanan ke hadapan, mengatakan bahawa untuk mempertahankan diri, negara itu mesti mengambil tindakan di luar sempadannya.

“Jika mereka mahu mengelak daripada memerangi Amerika dan Israel di bumi Iran, mereka perlu melakukannya di tempat lain,” kata Encik Alhasan. “Yakni di Iraq, Syria, Yaman, Palestin, Afghanistan.”

Sejauh mana strategi ini berhasil, adalah sesuatu yang perlu dibahaskan. Kumpulan pengganas telah menyerang di bumi Iran baru-baru ini. Selama bertahun-tahun Israel telah melakukan serangan yang disasarkan ke atas program nuklear Iran, membunuh beberapa tokoh utamanya dan memusnahkan kemudahan di Iran.

Mengapa Iran meluaskan konfliknya?

Walaupun Iran mahu menonjolkan kuasa dan pengaruhnya, ia enggan melibatkan diri secara langsung dengan Amerika atau sekutunya, menyantuni tindakan balas besar-besaran atau perang habis-habisan.

Sejauh mana rasa selamat para pemimpin Iran dalam cengkaman mereka terhadap kuasa, adalah tidak jelas.

Bagaimanapun mereka tahu bahawa larangan dan sekatan selama beberapa dekad telah merendahkan martabat tentera Iran dan ekonominya, dan dasar penindasan mereka menghadapi tentangan domestik yang sengit.

Iran berharap untuk mengimbangi kelemahannya, dengan membangunkan senjata nuklear, yang akan meletakkannya setanding dengan Pakistan dan Israel dan mendahului Arab Saudi. Tetapi setakat ini program nuklearnya tidak menghasilkan bom.

Melabur dalam pasukan proksi – rakan Syiah di Lebanon, Iraq dan Yaman, dan Hamas Sunni di Jaluran Gaza – membolehkan Iran menimbulkan masalah kepada musuhnya, dan meningkatkan prospek menyebabkan lebih banyak lagi jika diserang.

Pegawai Iran secara terbuka menafikan terlibat dalam atau mengarahkan serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel, yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang.

Tetapi mereka juga memuji serangan itu sebagai pencapaian penting, dan memberi amaran bahawa rangkaian serantau mereka akan membuka pelbagai ancaman terhadap Israel jika negara itu meneruskan perang balasnya terhadap Hamas di Gaza.

Beberapa proksi tersebut sebenarnya telah meningkatkan serangan ke atas Israel, tetapi telah mengelakkan peperangan sepenuhnya.

Siapakah proksi untuk Iran ini?

Hezbollah di Lebanon, yang secara meluas dianggap sebagai pasukan sekutu Iran yang paling berkuasa dan canggih, diasaskan pada 1980-an dengan bantuan Iran, khususnya untuk memerangi pendudukan Israel di selatan Lebanon.

Kumpulan itu, yang juga sebuah parti politik di Lebanon, telah melancarkan pelbagai peperangan dan pertempuran sempadan dengan Israel.

Hezbollah telah melancarkan tembakan merentasi sempadan dengan tentera Israel hampir setiap hari sejak serangan 7 Oktober yang diketuai Hamas, tetapi ia setakat ini mengelak daripada menyertai pertempuran sepenuhnya.

Pergerakan Houthi di Yaman melancarkan pemberontakan terhadap pemerintah negara itu sejak dua dekad lalu.

Houthi merampas sebahagian besar negara itu pada 2014 dan 2015, dan pakatan yang diketuai Arab Saudi, terlibat dalam perang saudara di pihak pemerintah Yaman.

Gencatan senjata telah diadakan sejak 2022, dengan Houthi masih menguasai barat laut Yaman dan ibu kotanya, Sanaa.

Sejak perang di Gaza bermula, Houthi telah melancarkan apa yang mereka panggil sebagai kempen perpaduan dengan rakyat Palestin di bawah pengeboman Israel.

Mereka telah melancarkan peluru berpandu dan dron ke Israel, dan telah mengganggu sebahagian besar perkapalan dunia dengan menyerang berpuluh-puluh kapal yang menuju ke atau dari Terusan Suez.

Ini telah mengubah Houthi menjadikan kekuatannya memberi kesan global, dan mendorong Amerika dan Britain, dengan bantuan daripada sekutu, untuk melakukan serangan peluru berpandu ke atas sasaran Houthi di dalam Yaman.

Hamas, di wilayah Palestin, juga telah menerima senjata dan latihan dari Iran, dan telah berperang berulang kali dengan Israel.

Mengapa Iran serang secara langsung, bukan melalui sekutu, di Iraq, Syria dan Pakistan?

Ia mempunyai banyak kaitan dengan masalah di dalam negara.

Apabila ketegangan meningkat di seluruh rantau ini, Teheran semakin menjadi sasaran.

Bulan lalu, kumpulan pemisah menyerang balai polis di tenggara Iran, membunuh 11 orang. Dua panglima kanan Iran telah dibunuh di Syria, dan Iran menyalahkan Israel.

Kemudian bulan ini, pengeboman berani mati di Kerman, Iran, membunuh hampir 100 orang – serangan pengganas paling maut sejak Republik Islam itu ditubuhkan. Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab.

Penganalisis Iran, dan warga Iran yang rapat dengan tentera, berkata pemerintahnya mahu menunjukkan kekuasaan dan berkata ia telah melancarkan peluru berpandu ke arah IS di Syria, dan pangkalan Israel.

Apa kaitannya dengan Pakistan yang juga bukan negara Timur Tengah

Kumpulan pemisah Jaish al-Adl mahu mewujudkan tanah air untuk kumpulan etnik Baluch dari bahagian Iran dan Pakistan, dan ia beroperasi di kedua-dua belah sempadan. Ia juga bertanggungjawab atas serangan maut bulan lalu ke atas balai polis Iran.

Kedua-dua negara telah menuduh satu sama lain tidak melakukan secukupnya untuk menghalang militan daripada menyeberangi sempadan.

Iran berkata, serangannya di Pakistan menyasarkan pangkalan untuk Jaish al-Adl, tetapi Pakistan menolak alasan Iran, memetik apa yang dikatakan sebagai korban awam.

Pakistan bertindak balas dengan mengebom apa yang dikatakan sebagai tempat persembunyian pengganas di dalam Iran.

Pakistan dan Iran kebanyakannya mempunyai hubungan mesra, dan pergeseran antara mereka tidak ada kaitan dengan konflik serantau Iran yang lain.

Bagaimanapun, keputusan Iran untuk menyerang di dalam Pakistan, berpotensi merosakkan hubungannya dengan negara itu.

Pada masa rantau ini sudah terancam, kesilapan pengiraan boleh menjadi sangat berbahaya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >