Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trafik dijangka sesak di Koswe, Tuas semasa hujung minggu Deepavali

Oct 13, 2025 | 7:20 PM
ICA, tuas, koswe, deepavali, trafik sesak
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menjangkakan masa menunggu lebih lama di pusat pemeriksaan darat semasa hujung minggu panjang sempena perayaan Deepavali. - Foto ST

Mereka yang merancang untuk ke Malaysia melalui pusat pemeriksaan darat dari 17 Oktober hingga 20 Oktober harus menjangkakan masa menunggu lebih lama untuk pemeriksaan imigresen, disebabkan hujung minggu panjang sempena perayaan Deepavali.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata dalam satu kenyataan pada 13 Oktober bahawa masa menunggu yang lebih lama di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas juga boleh disebabkan oleh ‘pemeriksaan intensif’ terhadap vape.

Menurut The Straits Times (ST), semasa cuti sekolah dari 5 September hingga 15 September, lebih 5.8 juta orang melintasi kedua-dua pusat pemeriksaan darat.

Pada kemuncak tempoh itu, lebih 575,000 orang melintasi kedua-dua pusat pemeriksaan darat pada 5 September, kata ICA,

Ia menambah, mereka yang menaiki kereta terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk pemeriksaan imigresen, disebabkan oleh trafik sesak yang bermula dari Malaysia.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa keadaan lalu lintas di pusat pemeriksaan darat terlebih dahulu, kata ICA, sambil mengingatkan bahawa mereka boleh mempertimbangkan menggunakan perkhidmatan bas rentas sempadan bagi mengelak kesesakan.

Pemandu boleh menyemak keadaan lalu lintas melalui laman web, OneMotoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), atau Sistem Pemantauan dan Nasihat Ekpreswe, yang dipasang pada Ekpreswe Bukit Timah (BKE) dan Ekpreswe Ayer Rajah (AYE).

Mereka juga boleh mendapatkan kemas kini melalui akaun Facebook dan wadah X ICA, dan siaran radio di Money FM 89.3, One FM 91.3, Kiss92, 96.3 Hao FM dan UFM100.3.

Orang ramai juga harus menggunakan kod QR dan bukannya pasport untuk pemeriksaan imigresen yang lebih cepat dan lebih mudah, kata ICA.

Namun, mereka masih perlu membawa pasport mereka, kerana ia diperlukan di luar negara.

ICA mengingatkan bahawa vape dilarang di Singapura.

Sejak 1 September, mereka yang ditangkap menggunakan vape berdepan hukuman lebih tinggi, manakala pelawat jangka pendek yang melakukan kesalahan berulang akan dilarang memasuki Singapura.

Pemegang pas jangka panjang yang mengulangi kesalahan itu sebanyak tiga kali boleh dibatalkan pas mereka dan dilarang memasuki Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg