Mereka yang memandu ke Malaysia semasa musim cuti sekolah Jun pada 14 Jun boleh menjangkakan masa beratur selama tiga jam atau lebih di Pusat Pemeriksaan Woodlands disebabkan trafik berlepas dari Singapura yang “sangat sesak”.
Dalam satu catatan Facebook pada 11.24 pagi, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata bahawa kesesakan lalu lintas yang panjang dari Malaysia telah melangkaui Exit 10A BKE di Woodlands.
Pada Mei, ICA berkata mereka yang memandu masuk ke Malaysia semasa musim cuti sekolah Jun ini boleh menjangkakan kesesakan lalu lintas dan masa menunggu yang lebih lama di dua pusat pemeriksaan darat.
ICA juga sebelum ini telah memberi amaran kepada pemandu supaya tidak potong barisan beratur di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
Jika mereka diarah henti oleh pegawai ICA, mereka akan perlu membuat pusingan ‘U’, atau berpatah balik, dan ikut serta barisan semula.
Mereka juga boleh dimasukkan ke dalam senarai hitam dan dikenakan tindakan disiplin lanjut daripada pihak berkuasa.
Pada 9 Mei – hari Jumaat sebelum cuti hujung minggu panjang Hari Vesak – kesesakan lalu lintas yang panjang dari Malaysia menyebabkan pemandu menunggu sehingga tiga jam untuk lepas imigresen.
Lebih tiga juta orang melintasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dari 8 hingga 13 Mei, kata ICA, dengan kesesakan memuncak pada 9 Mei dengan lebih 546,600 pelancong.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg