Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trafik dijangka sesak di Woodlands, Tuas sempena Aidiladha

Jun 27, 2023 | 05:27 PM



Keadaan sesak dijangka berlaku di kededua Pusat Pemeriksaan Imigresen di Woodlands dan Tuas dari 28 Jun hingga 3 Julai, sempena cuti Hari Raya Haji pada 29 Jun.

Pemandu yang merancang menggunakan laluan itu harus menjangka masa menunggu sekitar tiga jam untuk proses pemeriksaan imigresen, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Semasa cuti sekolah pada Jun 2023, kesesakan teruk berlaku di pusat pemeriksaan darat dengan jumlah kenderaan yang melintas tambak memuncak pada 16-18 Jun 2023 – meningkat kepada 430,000 kenderaan sehari, melebihi paras prapandemik, dan lebih 1.2 juta orang melintasi pusat pemeriksaan darat antara Singapura dan Malaysia, jelas ICA.

ICA mengatakan ia akan bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali perkhidmatan bas seperti SBS Transit dan Causeway Link untuk menambah bilangan bas awam bagi membawa lebih ramai orang.

Ia menasihatkan pemandu supaya memeriksa keadaan lalu lintas di kededua pusat pemeriksaan di laman Penguasa Pengangkutan Darat OneMotoring, atau Sistem Pengawasan dan Maklumat Ekspreswe di Ekspreswe Bukit Timah dan Ekspreswe Ayer Rajah, sebelum memulakan perjalanan mereka.

Kemas kini tentang keadaan trafik juga akan disiarkan di akaun Facebook dan Twitter ICA, dan disiarkan di stesen radio tempatan Money FM 89.3, Kiss92, One FM 91.3, 96.3 Hao FM dan UFM100.3.


ICA juga berkata ia bekerjasama rapat dengan Polis Trafik untuk memastikan disiplin jalan raya dan menggesa pemandu supaya mematuhi peraturan lalu lintas, mengekalkan disiplin lorong dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi.

Ia menambah: “Pemandu kenderaan harus mengelak daripada memotong barisan kerana ia boleh menyebabkan kesesakan teruk dan menjejaskan keselamatan pemandu lain.

“Pemandu yang melanggar barisan yang ditangkap akan diundur semula ke Singapura.”

Pada Jun, seorang pemandu Malaysia dalam perjalanan dari Singapura ke Malaysia yang dirakam dalam video cuba memotong barisan di Koswe dengan menggunakan laluan bas dan lori khusus, dilarang memasuki Singapura oleh ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >