Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuti sekolah berakhir, pusat pemeriksaan Woodlands masih sesak

Jun 24, 2023 | 9:02 PM
SESAK KE JOHOR: Lalu lintas ke Johor kelihatan sesak pada petang Sabtu manakala lalu lintas ke Singapura lebih lengang.
SESAK KE JOHOR: Lalu lintas ke Johor kelihatan sesak pada petang Sabtu manakala lalu lintas ke Singapura lebih lengang. - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI

Meskipun cuti sekolah Jun akan berakhir pada Ahad, lalu lintas Pusat Pemeriksaan Woodlands di bahagian pelepasan masih sesak pada Sabtu.

Menerusi laman Facebook mereka pada 6 petang Sabtu, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata ini disebabkan kesesakan yang panjang dari Malaysia.

“Orang ramai dinasihatkan memeriksa keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan mereka dan mengikuti Facebook ICA bagi maklumat terkini,” ujar ICA.

Menurut tinjauan Berita Minggu, barisan kenderaan yang pulang ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands pada petang Sabtu juga panjang.

Namun, barisan itu tidak mengambil masa yang panjang untuk susut.

Dalam masa 15 minit, barisan yang panjang itu sudah mula berkurangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg