Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trafik kapal di Terusan Suez merosot 42% dek serangan Houthi

Jan 26, 2024 | 12:57 PM



NEW YORK: Jumlah trafik kapal komersial yang melintasi Terusan Suez merosot lebih 40 peratus dalam tempoh dua bulan lalu selepas serangan pemberontak Houthi Yaman, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Kemerosotan itu disebabkan meningkatnya kebimbangan perdagangan global ekoran serangan Houthi di Laut Merah itu.

Houthi, yang disokong Iran, berkata mereka menyasarkan apa yang mereka anggap sebagai perkapalan komersial dan ketenteraan berkaitan Israel di rantau itu, sebagai perpaduan dengan rakyat Palestin di Gaza.

Akibat ancaman Houthi itu, kapal pengangkut kargo terpaksa mengambil laluan lebih lama dan lebih mahal untuk mengelak serangan.

“Kami amat bimbang serangan ke atas perkapalan Laut Merah dan ini menambahkan ketegangan pada perdagangan global, memburukkan gangguan perdagangan akibat geopolitik dan perubahan iklim,” kata ketua Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (Unctad), Encik Jan Hoffman, kepada pemberita pada 25 Januari.

Menurut Unctad, kapal yang melencong dari Laut Merah – sebaliknya berlayar di sekitar Cape of Good Hope di Afrika Selatan – menyebabkan penurunan 42 peratus dalam transit melalui Terusan Suez dalam dua bulan terakhir ini.

Terusan Suez, di Mesir, menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Lebih 80 peratus daripada jumlah perdagangan barangan antarabangsa dilakukan melalui laut, kata Encik Hoffman.

“Pengangkutan maritim benar-benar adalah talian hayat perdagangan global,” ujarnya.

Menurut Unctad, bilangan transit kapal kontena yang melalui Terusan Suez juga telah merosot 67 peratus tahun ke tahun.

Trafik kapal tangki berkurangan 18 peratus, transit kapal kargo pukal yang membawa bijirin dan arang batu pula turun 6 peratus dan pengangkutan gas terhenti.

Secara keseluruhannya, antara 12 peratus dengan 15 peratus perdagangan dunia, atau 20,000 kapal, setahun melalui Laut Merah, kata Unctad. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >