Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketegangan memuncak di Laut Merah ekoran serangan Houthi, AS berbahaya: Saudi

Jan 21, 2024 | 2:35 PM
KONFLIK MEMBIMBANGKAN: Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud, melahirkan rasa bimbang dengan ketegangan yang meningkat di Laut Merah.
KONFLIK MEMBIMBANGKAN: Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud, melahirkan rasa bimbang dengan ketegangan yang meningkat di Laut Merah. - Foto AFP

WASHINGTON: Menteri Luar Arab Saudi berkata kerajaannya “sangat bimbang” dengan ketegangan di Laut Merah, berikutan serangan oleh pemberontak Houthi di Yaman dan serangan Amerika Syarikat ke atas sasaran Houthi yang boleh memburukkan keadaan dan meningkatkan konflik di rantau itu.

“Kami sangat bimbang. Kita berada dalam masa sangat sukar dan berbahaya di rantau ini dan itulah sebabnya kami menggesa usaha mengurangkan ketegangan,” kata Putera Faisal Farhan Al Saud kepada wartawan CNN, Encik Fareed Zakaria, dalam temu bual yang disiarkan pada 20 Januari.

Serangan oleh kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran ke atas kapal di dalam dan sekitar Laut Merah sejak beberapa minggu lalu telah memperlahankan perdagangan antara Asia dengan Eropah, memburukkan konflik di Gaza dan membimbangkan kuasa besar.

Menurut Putera Faisal, kerajaan Arab Saudi percaya dengan kebebasan pelayaran dan ingin mengurangkan ketegangan di rantau itu.

“Sudah tentu kami sangat percaya dengan kebebasan pelayaran. Itu adalah sesuatu yang perlu dilindungi. Bagaimanapun, kita juga perlu melindungi keselamatan dan kestabilan rantau ini.

“Oleh itu, kami memberi tumpuan untuk meredakan keadaan ini sebaik mungkin,” katanya kepada CNN.

Kumpulan Houthi, yang menguasai sebahagian besar Yaman, berkata mereka bertindak sebagai tanda perpaduan dengan rakyat Palestin di Gaza yang diserang Israel.

Sejak minggu lalu, Amerika melancarkan serangan ke atas sasaran Houthi di Yaman.

Minggu ini pula, ia memasukkan semula Houthi dalam senarai kumpulan “pengganas”.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata serangan udara Amerika akan diteruskan walaupun beliau akur serangan itu mungkin tidak mampu menghentikan serangan Houthi.

Konfrontasi itu berisiko meluaskan konflik ke luar Gaza yang ditadbir Hamas, tambah laporan itu.

Israel melancarkan serangannya berikutan serangan 7 Oktober ke atas Israel oleh kumpulan Hamas. – Reuters.

“Kami sangat bimbang. Kita berada dalam masa sangat sukar dan berbahaya di rantau ini dan itulah sebabnya kami menggesa usaha mengurangkan ketegangan.”
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg