Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tragedi bola sepak di Malang: Jokowi arah siasatan selepas lebih 170 maut

Oct 03, 2022 | 05:30 AM



MALANG (Indonesia): Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, semalam mengarahkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghentikan sementara Liga 1 Indonesia susulan rusuhan yang mengakibatkan lebih 170 orang terkorban, termasuk dua anggota polis.



Encik Widodo semalam memerintahkan agar perlawanan digantung sehingga siasatan selesai dan tatacara keselamatan baru dikeluarkan.



"Atas nama bangsa, negara, dan masyarakat Indonesia, saya menyampaikan dukacita mendalam atas tragedi sepak bola yang membawa korban jiwa di Kanjuruhan, Malang, tadi malam (malam kelmarin).



Atas kejadian ini, saya memerintahkan untuk menghentikan sementara liga sepak bola PSSI sampai evaluasi dan perbaikan pengamanan dilakukan," katanya yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi beliau.



Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Encik Gianni Infantino, menyifatkan musibah itu sebagai "hari gelap untuk semua yang terlibat dalam bola sepak dan satu tragedi yang sukar difahami".



"Bersama-sama dengan FIFA dan masyarakat bola sepak sedunia, seluruh ingatan dan doa kami adalah untuk mangsa, mereka yang cedera, bersama-sama rakyat Republik Indonesia, Konfederasi Bola Sepak Asia, Persatuan Bola Sepak Indonesia, dan Liga Bola Sepak Indonesia, pada masa sukar ini," menurut kenyataan di rasmi FIFA.



Rusuhan di akhir perlawanan bola sepak Liga 1 Indonesia antara penyokong kelab Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan di sini malam kelmarin, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 174 maut dan hampir 200 yang lain cedera.



Penyokong kedua-dua kelab berkenaan dikatakan mula bertempur selepas Arema FC tewas 3-2 dalam perlawanan 'derbi Jawa Timur' itu kira-kira 10.30 malam waktu tempatan (9.30 malam waktu Singapura), selepas peminat Arema FC dikatakan tidak berpuashati dengan keputusan itu lalu masuk ke dalam padang.



Menurut laporan media tempatan, polis pencegah rusuhan telah membuat kepungan dan melepaskan gas pemedih mata selepas pergaduhan tercetus - menyebabkan penyokong sukar bernafas dan dalam suasana kelam kabut membuat mereka terpijak dan terhimpit sesama sendiri.



Lebih kurang 3,000 daripada 40,000 penyokong yang hadir cuba memasuki kawasan padang, kata Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Inspektor Jenderal Nico Afinta, yang dipetik media tempatan.



Menteri Keselamatan Indonesia, Encik Mahfud MD berkata di Instagramnya, sebanyak 42,000 tiket dikeluarkan untuk stadium yang mampu mengisi 38,000 orang.



Dalam pada itu, Arema FC dalam kenyataannya di Facebook telah menyampaikan duka cita mendalam atas musibah yang terjadi itu.



"Pihak Pengurusan Arema FC turut bertanggung jawab untuk penanganan korban baik yang telah meninggal dunia dan yang luka-luka," ungkap Ketua Urusetia Arema FC, Encik Abdul Haris.



Tragedi rusuhan ini dipercayai mencatat kejadian kedua terburuk dalam sejarah sukan di dunia sejak rusuhan di Stadium Estadio Nacional di Lima, Peru, semasa perlawanan Peru menentang Argentina pada Mei 1964 yang menyaksikan 328 maut dan 500 orang cedera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >