Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tragedi di stadium Jawa Timur: Siasatan mungkin ambil masa 2 minggu

Oct 04, 2022 | 05:30 AM



MALANG (Indonesia): Satu pasukan pencari fakta bebas mungkin mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menyelesaikan siasatan berkaitan rempuhan maut bola sepak Indonesia yang mengorbankan sekurang-kurangnya 125 orang di Jawa Timur pada hujung minggu, kata pihak berkuasa Indonesia.



Seramai 32 kanak-kanak dikira antara 125 orang yang maut akibat rempuhan itu, kata pegawai berkuasa sedang datuk bandar tempatan berjanji untuk memberi tumpuan kepada menyediakan kaunseling trauma bagi mereka yang terjejas dalam salah satu bencana stadium terburuk di dunia.



Semalam, Datuk Bandar Malang, Encik Sutiaji, mengongsi reaksi di kalangan penonton yang menyaksikan tragedi pada Sabtu malam itu.



"Kita mempunyai anak yang melihat dan menyaksikan kedua-dua ibu bapanya terbunuh," kata Encik Sutiaji yang sangat sebak dalam satu video dari pejabatnya.



Katanya, kanak-kanak itu berhenti bercakap selama sehari kerana amat terkejut.



"Dia anak tunggal dan kini bersama datuknya.



"Apa yang kami bimbang ialah trauma bagi anak ini," katanya sambil menambah bahawa pemerintah akan mengutamakan dan menanggung semua kos kaunseling trauma yang diperlukan mereka yang menyaksikan tragedi itu.



Pasukan penyiasat bebas itu akan mencari pelaku di sebalik tragedi tersebut, kata Ketua Menteri Keselamatan, Encik Mahfud MD, pada satu sidang akhbar.



Ia memerlukan masa kira-kira dua minggu dan akan menimbangkan jika ada undang-undang dilanggar, pampasan yang perlu diberi kepada mangsa dan bagaimana pihak bola sepak Indonesia boleh menghalang bencana stadium pada masa depan, katanya.



Selain itu, kelab bola sepak Arema Indonesia memohon maaf kepada mangsa, dengan presidennya, Encik Gilang Widya Pramana, menyatakan beliau bersedia bertanggungjawab sepenuhnya bagi tragedi itu.



Sementara itu, tekanan semakin meningkat ke atas pihak berkuasa Indonesia untuk menjelaskan bagaimana bencana itu berlaku.



Kejadian maut pada Sabtu itu berlaku ketika penonton panik dan cuba melarikan diri dari stadium yang penuh sesak selepas polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong daripada pasukan tuan rumah yang kalah dan memasuki padang pada penghujung perlawanan. - ST, Reuters.



LAPORAN SELANJUTNYA: Keadaan huru-hara sebelum rempuhan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >