Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trudeau rombak Kabinet gara-gara undi merosot

Jul 27, 2023 | 03:34 PM



OTTAWA: Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, merombak sebahagian besar Kabinet pada Rabu dengan tujuan meningkatkan tumpuan kepada isu ekonomi seperti kekurangan perumahan dan peningkatan kos sara hidup yang menjejas kedudukannya di hadapan para pengundi.


Ia boleh menjadi perubahan terakhir sebelum pilihan raya, yang tidak dijangka diadakan sehingga separuh kedua 2025, tetapi mungkin berlaku lebih awal.

Encik Trudeau yang memimpin parti Liberal, telah berkuasa sejak 2015, membawa tujuh orang baru ke dalam Kabinet, tetapi mengekalkan tokoh yang lantang seperti Menteri Kewangan, Cik Chrystia Freeland; Menteri Inovasi, Encik Francois-Philippe Champagne; dan, Menteri Luar, Cik Melanie Joly, dalam portfolio mereka.

Perdana Menteri Canada itu menukar atau mengubah huraian kerja kira-kira tiga perempat daripada jawatan berbanding dengan Kabinet sebelumnya, dengan mantan Menteri Imigresen, Encik Sean Fraser, mengambil alih Kementerian Perumahan, Prasarana dan Masyarakat yang baharu dibentuk.

“Ini bukan main-main. Ia adalah penetapan semula yang besar,” kata Encik Frank Graves, presiden syarikat pengundian Ekos.

“Rombakan itu memberikan mesej jelas bahawa pemerintah sedar akan kedudukan mereka sekarang dengan pengundi tidak sihat.”

Pembangkang rasmi Konservatif, yang menyalahkan Encik Trudeau kerana kekurangan perumahan dan inflasi yang meningkat, secara konsisten berada di hadapan dalam pemilihan selama lebih setahun.

Tinjauan Data Abacus pada Rabu menunjukkan, parti itu jauh mendahului Liberal dengan 38 peratus dalam sokongan awam, cukup untuk memastikan kekalahan Encik Trudeau jika pilihan raya diadakan sekarang.

“Membawa tenaga segar dengan ahli baru dan cabaran baharu adalah penting untuk pasukan ekonomi kami khususnya,” kata Encik Trudeau kepada pemberita selepas rombakan itu.

“Kami menghadapi cabaran ekonomi yang ketara – perumahan, inflasi kos sara hidup dan kadar faedah.”

Pemimpin konservatif, Encik Pierre Poilievre, membidas rombakan itu, dengan menyifatkannya sebagai bukti kegagalan perdana menteri.

“Justin Trudeau mungkin telah memecat ramai menteri Kabinetnya hari ini, tetapi beliau tidak dapat dihubungi seperti biasa, dan ini menggandakan caranya yang memicu kepada inflasi, berbelanja tinggi dan mengenakan cukai tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Masa pilihan raya akan datang tidak jelas, kerana Encik Trudeau hanya memerintah minoriti Parlimen dan bergantung kepada sokongan daripada Demokrat Baharu berhaluan kiri untuk mentadbir.

Parti itu telah bersetuju untuk mengekalkannya dalam kuasa sehingga 2025, tetapi perjanjian itu tidak mengikat.

“Kami menjangkakan dapat mentadbir untuk beberapa tahun lagi,” kata Encik Trudeau kepada pemberita, sambil berkata, undi awal tidak dijangka.

Pemimpin baru Demokrat, Encik Jagmeet Singh, ditanya mengenai komen Encik Trudeau, berkata: “Kami memberi tumpuan untuk mendapatkan keputusan untuk orang ramai, bukan memaksa pilihan raya.”

Cik Shachi Kurl, presiden syarikat pengundian Institut Angus Reid, berkata pilihan raya kemungkinan besar tidak akan berlaku.

“Dengan Konservatif mendahului Liberal dalam tinjauan pendapat terkini, perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh Liberal ialah mengambil masa dan berharap kos sara hidup tidak lagi menjadi isu undi pada masa mereka mendapatkan mandat lain.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >