Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump akui tidak bersalah dakwaan cuba batal kekalahan dalam pilihan raya 2020

Aug 04, 2023 | 02:45 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat semakin memasuki hal yang belum dimasukinya pada Khamis di Washington dengan empat pertuduhan dikenakan terhadap bekas presiden Donald Trump, termasuk merencana rancangan cuba membatalkan kekalahannya dalam pilihan raya 2020.


Beliau tiba di Mahkamah Persekutuan, sekitar beberapa langkah dari bangunan Capitol yang diserang oleh sekumpulan penyokongnya pada 6 Januari 2021, dalam usaha menghentikan pengesahan pilihan raya presiden.

Trump bertegas – dan kebanyakan penyokongnya masih percaya – bahawa beliau memenangi pilihan raya itu, walaupun tiada bukti mengenainya bertahan dalam berbilang tindakan undang-undang di seluruh negara.

Beliau didakwa cuba menipu Amerika, berkonspirasi cuba melucutkan hak rakyat Amerika kepada proses pilihan raya yang adil, dan berkonspirasi untuk menghalang prosiding Kongres pada 6 Januari 2021.

Bekas presiden itu mengaku “tidak bersalah”, lapor The Straits Times.


Hanya beberapa penyokongnya hadir.

Encik Daniel de Maura, 32 tahun, seorang penterjemah dan penduduk Washington, berkata: “Dia telah difitnah, Dia telah diserang oleh golongan kiri.”

Cik Janel Crowley, seorang jururawat berusia 48 tahun dari Portland, Maine, berkata: “Dia kata dia tidak bersalah, jadi mereka percaya dia. Mereka derma wang kepadanya, walaupun mereka tidak mempunyai wang untuk diri mereka sendiri.”

Beliau selanjutnya berkata: “Dia berbohong kepada rakyat Amerika mengenai penipuan pilihan raya, dan menggerakkan penyokongnya untuk datang ke sini dan merusuh serta menceroboh masuk ke Capitol dan cuba menghentikan peralihan kuasa secara aman.

“Bagi saya, dia mewakili kuasa korporat yang korup, semua yang dia lakukan adalah untuk kepentingan syarikat besar.”

Dalam ucapan ringkas di lapangan terbang sebelum berlepas dari Washington, Trump berkata: “Ini adalah penganiayaan terhadap lawan politik.”

Pertuduhan terhadap Trump itu adalah yang ketiga sejak April. Beliau mungkin menghadapi tuduhan keempat dalam beberapa minggu akan datang.

Satu kes di New York City menuduhnya memalsukan rekod perniagaan berkaitan pembayaran wang kepada bintang pornografi.

Satu lagi kes menuduhnya secara salah mengambil dan menyimpan dokumen sulit di kediamannya.

Pertuduhan pada Khamis mungkin kes paling serius terhadapnya – dituduh mendalangi rancangan membatalkan pilihan raya 2020.

Dakwaan keempat mungkin datang dari Georgia, berkaitan dakwaan campur tangan pilihan raya.

Namun, Trump kekal berada di hadapan dalam pencalonan Parti Republikan bagi pilihan raya presiden pada 2024 kerana pertuduhan terhadapnya sebelum ini meningkatkan undi baginya.

Penganalisis politik, bagaimanapun, berpendapat sekalipun beliau menjadi calon Parti Republikan untuk pilihan raya 2024, sokongan terhadapnya tidak cukup kuat untuk beliau dipilih sebagai presiden.

Sementara itu, Presiden Joe Biden juga akan bertanding untuk penggal kedua, yang bermakna pilihan raya 2024 mungkin menyaksikan ulangan perlumbaan antara beliau dan Trump.

Sekalipun Trump didapati bersalah bagi sembarang pertuduhan itu, beliau masih boleh bertanding dalam pilihan raya.

Perbicaraan melibatkan pertuduhan terbaharu terhadapnya akan berlangsung pada 28 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >