Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump ancam mansuh kontrak pemerintah kepada Musk

Jun 6, 2025 | 12:53 PM
Encik Elon Musk, Presiden Donald Trump, cukai
Masalah antara Encik Elon Musk (Kiri) dengan Presiden Donald Trump mula timbul apabila Encik Musk mengecam rang undang-undang pemotongan cukai dan perbelanjaan Encik Trump. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam pada 5 Mei untuk mansuhkan kontrak pemerintah dengan syarikat bilionair Elon Musk ketika perselisihan antara mereka terus memuncak.

Masalah itu bermula apabila Encik Trump mengkritik Ketua Pegawai Eksekutif CEO Tesla itu di Pejabat Oval.

Dalam beberapa jam, hubungan yang dahulunya akrab telah terputus dalam pandangan umum sepenuhnya, apabila mereka saling mencaci satu sama lain di platform media sosial masing-masing.

“Cara paling mudah untuk menjimatkan wang dalam belanjawan kami yang mencecah berbilion dolar, adalah dengan menamatkan subsidi dan kontrak pemerintah yang diberikan kepada Elon,” tulis Encik Trump di platform Truth Social miliknya.

Akibat perselisihan itu, peniaga Wall Street menjual saham Tesla, syarikat pembuat kenderaan elektrik milik Encik Musk, yang ditutup turun 14.3 peratus – kerugian kira-kira AS$150 bilion ($193 bilion) dalam nilai pasaran.

Ia merupakan penurunan nilai satu hari terbesar Tesla dalam sejarahnya.

Beberapa minit selepas loceng penutupan, Encik Musk menjawab, “Ya,” dalam hantaran di X dengan menyatakan Encik Trump harus didakwa.

Parti Republikan pimpinan Encik Trump memegang majoriti dalam kedua-dua dewan Kongres dan sangat tidak mungkin tindakan itu akan diambil.

Masalah antara kedua-duanya mula timbul beberapa hari lalu, apabila Encik Musk mengecam rang undang-undang pemotongan cukai dan perbelanjaan Encik Trump.

Encik Trump mulanya berdiam sementara Encik Musk berkempen untuk memansuhkan rang undang-undang itu, dengan menyatakan ia akan meningkatkan beban hutang negara sebanyak $36.2 trilion.

Encik Trump kemudian menyatakan beliau “sangat kecewa” dengan Encik Musk.

“Lihat, Elon dan saya mempunyai hubungan yang baik. Saya tidak tahu sama ada kami akan menjalin hubungan sebegini lagi,” kata Encik Trump.

Encik Musk, peniaga paling berpengaruh dan terkaya itu membalas dalam X dengan berkata: “Tanpa saya, Trump akan kalah dalam pilihan raya.”

Beliau membelanjakan hampir AS$300 juta untuk menyokong Encik Trump dan Parti Republikan dalam pilihan raya 2024.

Dalam catatan lain, Encik Musk menyatakan bahawa tarif yang Encik Trump kenakan ke atas banyak negara akan mendorong ekonomi Amerika ke kancah kemelesetan pada akhir tahun ini.

Selain Tesla, perniagaan Encik Musk termasuk syarikat roket dan kontraktor pemerintah bagi SpaceX dan unit satelitnya Starlink.

Akibat ancaman Encik Trump, beliau akan membatalkan pengiktirafan kapal angkasa SpaceX Dragon yang berupaya menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg