WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump dan isterinya dikejarkan keluar dari majlis makan malam Persatuan Koresponden Rumah Putih oleh ejen risikan pada 25 April malam selepas bunyi letupan kuat kedengaran.

Kira-kira sejam selepas beliau dibawa keluar dari majlis tersebut, Encik Trump memuat naik hantaran di laman Truth Social yang mengesahkan bahawa seorang “penembak telah ditahan”.

Tetamu yang di pada majlis tersebut serta-merta berhenti berbual dan ada yang mula menjerit “tunduk, tunduk!” sejurus selepas bunyi itu kedengaran.

Ratusan tetamu dilihat berlindung di bawah meja sementara pegawai yang memakai kelengkapan kombat berlari masuk ke dalam ruang makan.

Encik Trump dan isteri beliau sempat tunduk sebelum dibawa keluar dengan pantas oleh pegawai keselamatan.

Kebanyakan daripada 2,600 tetamu yang hadir bertindak mencari tempat untuk berlindung manakala para pelayan majlis berlari ke bahagian depan dewan makan tersebut untuk menyelamatkan diri. - Reuters.