Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump kata FBI serbu rumahnya di Florida, pecahkan peti besinya

Aug 09, 2022 | 02:56 PM



WASHINGTON: Mantan presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata para agen Siasatan Biro Federal (FBI) menyerbu estet Mar-a-Lago miliknya semalam (8 Ogos) dan membuka peti besinya, kemungkinan ada kaitan dengan siasatan Jabatan Keadilan AS di mana Trump dikatakan mengalihkan rekod presiden rasmi ke pusat peranginan di Florida itu.



 Pencarian yang tidak dijangka di rumah mantan presiden itu menandakan betapa seriusnya siasatan ke atas rekod-rekod itu.



Ia merupakan salah satu siasatan yang dihadapi Trump sejak beliau menjadi presiden dan menjalankan perniagaannya secara privet.



Dalam kenyataannya, Trump berkata serbuan itu melibatkan "sekumpulan besar agen FBI".



Jabatan Keadilan enggan mengulas.



Ibu pejabat FBI di Washington dan pejabat operasinya di Miami juga enggan mengulas.



Serbuan itu dilakukan seolah-olah bagi mencari kotak-kotak dokumen yang Trump bawa bersamanya dari Rumah Putih ke kelab Florida itu, menurut laporan New York Times.



Ia memetik dua sumber yang tidak dinamakan tapi tahu akan siasatan tersebut.



Trump berkata estet tersebut seolah-olah "menjadi medan, diserbu dan diduduki".



Beliau tidak nyatakan mengapa serbuan itu dilakukan.



"Selepas bekerjasama dengan agensi pemerintah yang relevan, serbuan yang tidak diumumkan ke atas rumah saya tidak perlu dan tidak sesuai.



"Sehinggakan mereka buka peti besi saya!" - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >