Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump menang undi Iowa dalam saingan jadi calon presiden AS bagi Republikan

Jan 16, 2024 | 3:09 PM
DUKUNG TRUMP: Calon presiden Republikan, bekas Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump meraikan penyokongnya  semasa acara malam kaukusnya di Iowa Events Center pada 15 Januari 2024 sedang pendnduk Iowa mula mengundi pilih calon presiden untuk Republikan.
DUKUNG TRUMP: Calon presiden Republikan, bekas Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump meraikan penyokongnya semasa acara malam kaukusnya di Iowa Events Center pada 15 Januari 2024 sedang pendnduk Iowa mula mengundi pilih calon presiden untuk Republikan. - Foto AFP

DES MOINES (Iowa): Mantan presiden Donald Trump menang besar dalam persaingan untuk menjadi calon presiden Amerika Syarikat daripada Republikan, dalam kokus (pemilihan peringkat anggota tempatan parti) pertama parti itu di Iowa pada 15 Januari.

Ini menegaskan pengaruh Encik Trump ke atas parti itu walaupun beliau berdepan banyak pertuduhan jenayah sedang beliau berusaha menentang lagi Presiden Joe Biden daripada Demokrat dalam pilihan raya 2024.

Gabenor Florida, Encik Ron DeSantis, 45 tahun, menduduki tempat kedua, mengetepikan mantan duta besar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Nikki Haley, 51 tahun, sedang kedua-duanya berjuang untuk menjadi alternatif kepada Encik Trump.

Encik Trump, 77 tahun, menang dengan margin yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam pemilihan Republik Iowa, mengukuhkan hujahnya bahawa pencalonannya bagi jawatan presiden tidak dapat dielakkan memandangkan beliau mendahului besar-besaran dalam tinjauan kebangsaan.

“TERIMA KASIH IOWA, SAYA SAYANG KAMU SEMUA!!!” tulis Encik Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

Dengan 95 daripada undi sudah dikira, Encik Trump meraih 51 peratus manakala Encik DeSantis 21 peratus dan Cik Haley 19 peratus, menurut Edison Research. Usahawan Vivek Ramaswamy menarik diri daripada persaingan itu selepas memperoleh kurang 8 peratus undi dan sekarang menyokong Encik Trump.

Prestasi Encik Trump mencerminkan popularitinya dalam kalangan pengundi Republikan – walaupun sudah dua kali beliau dikenakan tuduhan tatakelakuan, pertama kerana pelibatannya dalam serangan ke atas Capitol oleh penyokongnya pada 6 Januari 2021 dan kedua, pertuduhan jenayah kerana cuba membatalkan keputusan pilihan raya 2020, menyimpan dokumen sulit selepas meninggalkan Rumah Putih dan memalsukan rekod berkaitan pembayaran wang kepada seorang bintang filem lucah.

Lebih 60 peratus peserta kokus Iowa berkata beliau masih layak menjadi presiden walaupun disabitkan dengan jenayah.

Anggota Republikan di New Hampshire, yang lebih sederhana, akan memilih calon presiden pilihan mereka lapan hari dari sekarang. Tinjauan menunjukkan Encik Trump mendahului, diikuti dari dekat oleh Cik Haley, sementara Encik DeSantis jauh di belakang.

Konvensyen Kebangsaan Republikan bagi memilih calon presiden Amerika parti itu akan diadakan pada 15 hingga 18 Julai di Milwaukee, Wisconsin. Ia akan dihadiri sekitar 2,500 wakil dan pesaing yang ingin menang perlu memenangi undi 1,215 perwakilan. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg