Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump puji PM Jepun sebagai wanita ‘hebat’ dalam rundingan dagangan, mineral kritikal

Oct 28, 2025 | 4:28 PM
Perdana Menteri Jepun Cik Sanae Takaichi memuji usaha Presiden Amerika Encik Donald Trump  menyelesaikan konflik global dan berkata beliau akan mencalonkannya untuk Hadiah Nobel Keamanan.
Perdana Menteri Jepun Cik Sanae Takaichi memuji usaha Presiden Amerika Encik Donald Trump menyelesaikan konflik global dan berkata beliau akan mencalonkannya untuk Hadiah Nobel Keamanan. - Foto: REUTERS

TOKYO: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji pemimpin wanita pertama Jepun, Sanae Takaichi, di Tokyo pada 28 Oktober, mengalu-alukan ikrarnya untuk mempercepat pengukuhan ketenteraan dan menandatangani perjanjian dagangan dan nadir bumi.

Cik Takaichi, anak didik mendiang rakan Trump dan rakan golf pemimpin Jepun, Encik Shinzo Abe, memuji usaha Presiden untuk menyelesaikan konflik global dan berkata beliau akan mencalonkannya untuk Hadiah Nobel Keamanan, kata jurucakap Encik Trump.

Jepun juga dijangka menawarkan pakej pelaburan Amerika di bawah perjanjian $550 bilion (S$712.5 bilion) yang dipersetujui tahun ini, termasuk pembinaan kapal, dan janji pembelian kacang soya, gas dan trak pikap Amerika, kata sumber yang biasa dengan rundingan tersebut.

Gagasan tersebut mungkin akan mengurangkan sebarang tuntutan Encik Trump agar Tokyo berbelanja lebih untuk keselamatannya dalam menghadapi China yang semakin tegas, yang cuba dihalang oleh Cik Takaichi dengan menjanjikan rancangan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada dua peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

“Semua yang saya tahu daripada Shinzo Abe dan yang lain, anda akan menjadi salah seorang perdana menteri yang hebat. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana menjadi perdana menteri wanita pertama. Ia satu perkara yang besar,” kata Encik Trump kepada Cik Takaichi ketika mereka duduk berbincang dengan delegasi mereka di Istana Akasaka, Tokyo.

Mediang Abe, yang dibunuh pada 2022, merupakan pemimpin asing pertama yang bertemu Encik Trump selepas kemenangan pilihan rayanya pada 2016 dan mereka berdua menjalin ikatan rapat dalam beberapa permainan golf di Amerika dan Jepun.

Semasa jamuan tengah hari yang terdiri daripada nasi dan daging lembu Amerika, serta sayur-sayuran dari kampung halaman Cik Takaichi di Nara, pemimpin Jepun itu telah memberikan Encik Trump peta pelaburan utama yang telah dibuat oleh firma Jepun di Amerika sejak lawatan terakhirnya pada 2009.

Sekurang-kurangnya 10 syarikat Jepun sedang mengintai pelaburan Amerika bernilai lebih $400 bilion dalam bidang seperti tenaga dan kecerdasan buatan, yang akan diumumkan oleh kedua-dua pemimpin kelak, lapor penyiar awam NHK.

Encik Trump juga memuji usaha Jepun untuk membeli lebih banyak peralatan pertahanan Amerika, sementara Cik Takaichi berkata peranan Encik Trump dalam gencatan senjata antara Kemboja dengan Thailand, serta Israel dengan Hamas, merupakan pencapaian yang “belum pernah berlaku sebelum ini”. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg