Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump tangguh tarif automatif ekoran rundingan dengan Trudeau tidak berhasil

Mar 6, 2025 | 12:00 PM
Rundingan Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump dengan Perdana Menteri Canada Encik Justin Trudeau (gambar) tidak membuahkan kejayaan segera.
Rundingan Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump dengan Perdana Menteri Canada Encik Justin Trudeau (gambar) tidak membuahkan kejayaan segera. - Foto AFP

WASHINGTON: Syarikat-syarikat pengeluar kereta pada 5 Mac mendapat penangguhan sementara daripada tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, terhadap canada dan Mexico.

Penangguhan ini berlaku di tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai impaknya terhadap pengguna, sementara rundingan dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, masih belum mencapai kesepakatan segera.

Berikutan perbincangan dengan pengeluar kereta terbesar Amerika - Stellantis, Ford dan General Motors - Encik Trump memutuskan untuk “memberi pengecualian sebulan ke atas mana-mana kereta yang dibawa melalui Perjanjian Amerika-Mexico-Canada (USMCA)”, kata Setiausaha Akhbar White House, Cik Karoline Leavitt, merujuk kepada pakatan perdagangan bebas Amerika Utara.

“Mereka membuat pertanyaan dan presiden gembira melakukannya,” kata Cik Leavitt kepada pemberita.

Saham Wall Street meningkat selepas pengumuman itu, dengan saham tiga pembuat kereta masing-masing melonjak kira-kira enam peratus atau lebih.

Majlis Dasar Automotif Amerika berkata ia memuji langkah yang dibuat oleh Encik Trump itu.

Tetapi prospek pelepasan yang lebih luas telah dilemahkan selepas Encik Trump membuat panggilan kepada Encik Trudeau.

Pemimpin Amerika itu berkata beliau tidak yakin bahawa Ottawa telah melakukan tindakan sewajarnya bagi menangani kebimbangan Washington berhubung penyeludupan dadah berbahaya fentanyl.

Canada menyumbang kurang daripada satu peratus fentanyl kepada bekalan haram Amerika, menurut data pemerintah Canada dan Amerika.

Tetapi Encik Trump dikatakan telah mengabaikan angka berkenaan.

Di media sosial, Encik Trump menuduh Encik Trudeau menggunakan pertikaian itu untuk “kekal berkuasa”, tetapi menyatakan perbincangan mereka berakhir dengan “agak” mesra.

Tarif 25 peratus Encik Trump ke atas import Amerika dari Canada dan Mexico bermula pada 4 Mac, menyebabkan pasaran global merosot dan menjejaskan hubungan antara negara jiran.

Ottawa dengan pantas mengumumkan tarif timbal balas, manakala Presiden Mexico Cik Claudia Sheinbaum merancang untuk memberikan responsnya dalam perhimpunan besar-besaran pada 9 Mac.

Encik Trump telah memetik isu pendatang haram dan pemerdagangan fentanyl dalam mengenakan tarif yang lebih tinggi, walaupun beliau sering mengecam dakwaan ketidakseimbangan perdagangan apabila membincangkan soal levi. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg