Topic followed successfully
Go to BHkuTrump tolak tawaran terbaru Iran, rundingan perang terus buntu
Trump tolak tawaran terbaru Iran, rundingan perang terus buntu
AS, Iran dilapor membincangkan lanjutan gencatan senjata selama 30 hari serta pembukaan semula Selat Hormuz
May 11, 2026 | 10:37 AM
Trump tolak tawaran terbaru Iran, rundingan perang terus buntu
Seorang wanita Iran berjalan melepasi mural anti-Amerika Syarikat dan anti-Israel yang tertera tulisan “Demi revolusi, kami semua telah datang” di ibu negara Tehran pada 10 Mei 2026. Jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Nasional Parlimen Iran pada hari sama memberi amaran kepada Amerika Syarikat supaya tidak menyerang kapal di perairan Teluk, sambil menegaskan bahawa kesabaran Tehran sudah berakhir. - Foto AFP
WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada 10 Mei menolak tawaran terbaharu Iran untuk menamatkan perang dengan Amerika Syarikat, sambil menyifatkannya sebagai “langsung tidak boleh diterima”, sekali gus memanjangkan lagi kebuntuan dalam rundingan yang rapuh antara kedua-dua negara.
Penolakan itu dibuat hanya beberapa jam selepas pemerintah Iran mengumumkan bahawa mereka telah menghantar cadangan balas bagi menamatkan konflik yang tercetus sejak serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada Februari lalu.
Laporan berkaitan
Trump: Gencatan senjata masih bertahan selepas pertempuran meningkatMay 8, 2026 | 5:09 PM
Iran teliti usul AS tamat perang, tapi tuntutan belum selesaiMay 7, 2026 | 7:12 PM

