Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Watie selesa jadi suri rumah sepenuh masa selepas kahwin

Jun 26, 2023 | 03:50 PM



SUBANG JAYA: Usahawan, Watie Hanifiah, yang merupakan isteri penyiar dan pelawak, Shuib, mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dan menjaga empat anak Shuib yang ada.


Ini yang dinyatakannya apabila ditanya tentang perancangan menimang cahaya mata.

Menurut Watie kepada akhbar Harian Metro sejurus diijabkabulkan pada Jumaat, beliau dan Shuib juga sudah berbincang mengenai kedudukannya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.


“Dari awal lagi, memang kami dah berbincang untuk saya menjadi suri rumah sepenuh masa. Kalau ada perkara lain, beliau akan tentukan,” ujar Watie.

Sementara itu, Shuib juga menjelaskan bahawa tugas Watie sebagai suri rumah tangga dan ibu adalah untuk memberi tumpuan kepada pembesaran anak-anaknya.

“Saya ada beberapa projek besar dalam perniagaan. Saya rasa akan minta bantuan isteri juga, tapi selebihnya saya nak beliau beri tumpuan kepada keluarga terutamanya anak-anak.

“Uwais (anak sulung) sekarang sudah masuk 12 tahun dan nak melangkah ke alam remaja. Saya rasa dalam usia anak-anak sekarang, mereka perlukan sentuhan kami selaku ibu bapa,” katanya.

Ditanya mengenai anak bongsunya, Ayash Affan, Shuib berkata, ibunya, Salamiah Jalani, kini menjaga Ayash.

“Saya dah berbincang dengan emak dan sebelum ini beliau pernah berkata, kalau Ayash dah boleh berjalan, beliau akan bagi saya jaga. Tapi, sekarang, beliau kata biar Ayash pandai bercakap pula dan beliau akan terus menjaganya.

“Saya okay sahaja sebab ibu saya pun selalu datang ke Kuala Lumpur. Kadang-kadang dalam sebulan beberapa kali juga beliau ke sini. Jadi, tak mengapa. Saya biarkan beliau bermanja-manja dan besarkan cucunya.

“Uwais pula, rapat dengan datuknya (Raissuddin Hamzah) memandangkan mereka selalu luangkan masa bersama untuk bermain golf dan sebagainya. Kalau dia dengan saya, takut tak sempat juga saya nak bawa dia untuk aktiviti itu,” katanya.

Shuib sebelum ini berumah tangga dengan penyanyi, Allahyarhamha Siti Sarah Raissuddin dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12 tahun; Dzahira Talita Zahra, 10 tahun; Ariq Matin, tujuh tahun; dan Ayash Affan, dua tahun.

Hampir dua tahun menduda, Shuib akhirnya memilih Watie untuk dijadikan suri hatinya. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Putra Glass House, Putra Height, dengan undangan 600 orang.

Pada majlis itu, Watie atau nama lengkapnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, menerima mas kahwin sebanyak RM8,288 ($2,400).

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, memberitahu majlis pernikahannya mendapat tajaan mencecah RM1.7 juta membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >