Tumpahan minyak kapal karam cemari pantai Phuket, ancam pelancongan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tumpahan minyak kapal karam cemari pantai Phuket, ancam pelancongan

Feb 27, 2026 | 3:15 PM

Tumpahan minyak kapal karam cemari pantai Phuket, ancam pelancongan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
tumpahan minyak, kapal karam, Phuket,
Seorang nelayan kembali ke Pantai Mae Ram Phueng selepas kejadian tumpahan minyak mentah pada 25 Januari akibat kebocoran saluran paip bawah laut milik Star Petroleum Refining Public Company Limited di Rayong, pada 30 Januari 2022. - Foto AFP

BANGKOK: Tumpahan minyak daripada sebuah kapal kargo yang karam di Lautan Hindi kini mula mencemari pantai pulau peranginan terkenal Thailand, Phuket, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap alam sekitar dan sektor pelancongan negara itu.

Kapal berdaftar di Panama, Sealloyd Arc, dilaporkan tenggelam pada 7 Februari lalu ketika dalam pelayaran menuju ke Chattogram, Bangladesh. Pihak berkuasa Thailand memaklumkan kira-kira 1,700 liter minyak tertumpah ke laut susulan kejadian itu.

Sisa minyak yang telah membeku kini dilaporkan mula terdampar di Pantai Ya Nui serta beberapa pulau kecil lain di wilayah Phuket. Ahli Parlimen tempatan, Encik Chalermpong Saengdee, berkata keadaan itu semakin membimbangkan kerana kesannya kini semakin jelas di kawasan tumpuan pelancong.

Minyak itu telah mencemari Pantai Banana di Koh Hey, yang terkenal dengan airnya yang jernih dan menjadi destinasi utama pelancong untuk aktiviti ‘island-hopping’ iaitu kegiatan melawat dari satu pulau ke pulau lain menggunakan bot, kata Encik Saengdeenya kepada AFP.

Menurut beliau, kesan tumpahan dijangka terus merebak memandangkan kapal yang karam itu berada pada kedalaman kira-kira 60 meter, sekali gus menyukarkan usaha penyelam untuk mengawal kebocoran.
“Ia amat membimbangkan kerana kejadian berlaku dua minggu lalu, tetapi keadaan masih belum menunjukkan tanda pemulihan. Ini mengancam hidupan marin dan terumbu karang di kawasan berkenaan,” katan Encik Saengdeenya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan bahawa insiden tersebut boleh menjejaskan imej pelancongan Thailand serta memberi kesan kepada ekonomi tempatan yang bergantung kepada industri pelancongan.

Rakaman oleh stesen penyiaran awam Thai PBS menunjukkan penduduk tempatan membersihkan pantai menggunakan pengaut dan baldi bagi mengutip gumpalan minyak yang terdampar.

Tentera Laut Thailand dilaporkan menggunakan bahan pemecah minyak untuk merawat kawasan terjejas, namun Encik Saengdeenya menggesa kerajaan memperuntukkan dana khas bagi mengalihkan bangkai kapal tersebut bagi mengelakkan kebocoran berterusan.

Menurut Jabatan Sumber Marin dan Pantai Thailand, negara itu merekodkan 130 kes tumpahan minyak yang menjejaskan lebih 23 wilayah antara 2017 hingga 2021.

Pertubuhan alam sekitar memberi amaran bahawa tumpahan minyak boleh menyebabkan kerosakan teruk dan berpanjangan terhadap ekosistem laut, termasuk melitupi hidupan liar, mencemari sumber makanan dan melepaskan bahan kimia toksik ke persekitaran.

Pihak berkuasa kini memantau keadaan secara berterusan ketika usaha pembersihan giat dijalankan bagi mengelakkan kesan lebih buruk terhadap khazanah laut Phuket yang menjadi kebanggaan Thailand. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg