Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tunjuk perasaan di Eropah, AS gesa pemerintah tindak pantas tangani perubahan iklim

Dec 10, 2018 | 04:59 PM



KATOWICE, POLAND: Ribuan penunjuk perasaan dari seluruh dunia berarak Sabtu lalu melalui bandar Poland, di mana persidangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan tahun ini, untuk menggesa pemerintah mereka untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemanasan global. 



Penunjuk perasaan termasuk petani dari Amerika Latin, aktivis alam sekitar dari Asia, pelajar dari Amerika Syarikat (AS)serta keluarga dari Eropah dan ramai antara mereka menyatakan bahawa perubahan iklim mempunyai sudah pun menjejas kehidupan mereka. 



Tunjuk perasaan tersebut diadakan sementara ASegmen Peringkat Tinggi Persidangan Pelbagai Pihak ke-24 (COP-24) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) berlangsung di Poland. 



Di COP-24, negara yang hadir dijangka memuktamadkan pakej garis panduan untuk melaksanakan Perjanjian Paris.



Garis panduan itu akan membantu pelaksanaan perjanjian tersebut dengan cara yang jelas dan telus serta menggalak keinginan semua pihak untuk mencapai matlamat suhu jangka panjang yang telah dipersetujui.



Selain di Poland, tunjuk perasaan menggesa pemimpin-pemimpin negara untuk bertindak pantas terhadap perubahan iklim turut diadakan di AS, Geneva dan Paris. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >