Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Tunjuk perasaan di Hong Kong: Polis lepaskan tembakan

Nov 11, 2019 | 11:13 AM

HONG KONG - Seorang pegawai polis Hong Kong telah melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan pagi tadi (11 November). Sekurang-kurangnya satu terkena tembakan di badannya, semasa rusuhan yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Rakaman menunjukkan bahawa seorang pegawai polis mengeluarkan pistolnya di daerah Sai Wan Ho apabila beliau mencuba menahan seorang lelaki bertopeng di persimpangan jalan raya yang disekat oleh penunjuk perasaan.

Lagi seorang lelaki bertopeng kemudian mendekati pegawai itu dan ditembak di bahagian dada, dan rebah. Ada laporan juga menyatakan bahawa beliau ditembak di bahagian badan. Keadaannya masih belum diketahui.

Selang beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dilepaskan oleh seorang pegawai, dan seorang lagi lelaki bertopeng rebah, namun rakaman tidak jelas untuk menunjukkan sama ada lelaki tersebut terkena tembakan itu atau tidak.

Menurut media tempatan, Radio Television Hong Kong (RTHK), polis bantahan tiba di tempat kejadian selepas insiden untuk menolong pegawai trafik meredakan penunjuk perasaan. Ramai orang yang marah, meminta penjelasan atas penembakan itu, namun disembur dengan penyembur lada oleh polis bantahan. - AFP
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3