Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Tuntutan palsu RM63j skim perantis: SPRM tahan 47 individu

May 17, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 47 individu bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu di bawah inisiatif Penjana Kerjaya yang dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).



Memetik sumber dalaman, Utusan Malaysia melaporkan 14 daripada mereka ialah wanita.



Kesemua individu terbabit ditahan di beberapa lokasi berasingan di seluruh negara semasa Op Hire dijalankan dan dijangka direman pada Selasa.



Skandal itu dipercayai membabitkan tuntutan palsu sehingga RM63 juta ($18.7 juta) melalui 51 syarikat yang dikenal pasti oleh agensi antirasuah itu.



"Mereka yang ditahan termasuk pemilik syarikat, pengarah dan pengurus.



"Syarikat yang mengambil bahagian sepatutnya melatih dan menggaji pekerja dalam industri, tetapi sebaliknya mengambil kesempatan daripada inisiatif dengan membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan wang yang diperuntukkan," kata sumber itu.



Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Encik Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.



Penjana Kerjaya dilancarkan pada akhir 2020 semasa pentadbiran pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggalak peluang pekerjaan berkualiti sekali gus mengurangkan pengangguran.



Program itu menawarkan insentif kewangan kepada majikan iaitu antara RM600 dan RM1,000 bagi setiap pekerja atau perantis yang diambil bekerja sehingga enam bulan.



Bagaimanapun, program melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Negara itu menimbulkan kontroversi sejak itu, dengan lebih 50 individu ditahan untuk siasatan ke atas tuntutan palsu dan penyelewengan dana.



Sejumlah individu juga telah dituduh di mahkamah di seluruh negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >