BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menyambut baik tawaran Turkey menerima balik semua pendatang asing yang menyeberang masuk ke Eropah dan bersetuju pada dasarnya kepada tuntutan Ankara bagi lebih banyak dana, rundingan lebih pantas bagi keanggotaan EU dan perjalanan bebas visa yang lebih pantas sebagai balasan.
Namun, perincian lanjut masih perlu dirundingkan dan kesemua 28 pemimpin mengarahkan pegawai masing-masing menyiapkan satu pakej perjanjian menjelang sidang puncak yang dijadualkan dari 17 hingga 18 Mac ini.