ISTANBUL: Sebuah jawatankuasa keselamatan Turkey, yang dipengerusikan Presiden Recep Tayyip Erdogan, menyatakan bahawa tempoh darurat selama tiga bulan yang dikenakan susulan cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai lalu akan dilanjutkan apabila ia berakhir pada Oktober nanti.
"Keputusan yang akan diambil ialah melanjutkan tempoh darurat bagi terus memastikan perlindungan terhadap demokrasi kita, undang-undang, hak dan kebebasan rakyat dengan cara yang berkesan," kata Majlis Keselamatan Negara (MGK) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat di istana presiden di Ankara.