Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Turkey sedia terima penyertaan Finland dalam Nato

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



ISTANBUL: Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, berkata buat pertama kalinya kelmarin, Ankara boleh menerima penyertaan Finland dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), tanpa adanya negara jirannya, Sweden dalam pakatan itu.



Ulasan Encik Erdogan dalam satu pertemuan dengan para pengundi muda yang disiarkan melalui televisyen itu, dibuat selepas Ankara menggantung mesyuarat yang disiarkan melalui televisyen berkaitan penyertaan dua buah negara itu dalam Nato.



Turkey dan Hungary merupakan negara anggota Nato yang masih enggan menerima penyertaan Finland dan Sweden, dalam pakatan pertahanan 30 buah negara Barat itu.



Parlimen Hungary dijangka meluluskan penyertaan kedua-dua buah negara itu pada Februari ini.



Tetapi Encik Erdogan masih tidak berganjak dengan pendiriannya, sedang beliau menghadapi persaingan sengit dalam pilihan raya presiden negara itu yang akan diadakan pada 14 Mei depan, demi memperkukuh kedudukannya bagi mendapatkan sokongan pihak nasionalis dan konservatif.



Gesaan Encik Erdogan adalah mengenai keengganan Sweden menghantar pulang puluhan orang yang disyaki oleh Ankara mempunyai hubungan dengan militan Kurdish yang terlibat dalam satu percubaan rampasan kuasa yang gagal pada 2016.



Beliau membayangkan kelmarin bahawa beliau bersedia menerima keanggotaan Finland dalam perikatan pertahanan yang diketuai Amerika Syarikat itu.



"Jika perlu, kita boleh memberikan respons yang berlainan tentang penyertaan Finland.



"Sweden akan terkejut dengan respons berlainan dari kami," katanya dalam ulasan yang disiarkan melalui televisyen itu.



Beliau mengulangi tuntutannya terhadap Sweden supaya menyerahkan orang-orang yang disyaki itu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Ankara.



"Jika anda benar-benar mahu menyertai Nato, anda harus serahkan pengganas-pengganas itu kepada kami," kata Encik Erdogan.



"Anda menyerahkan pengganas-pengganas itu kepada kami, supaya anda boleh menyertai Nato," ujarnya. - AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >