Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ubah wang haram: Pengasas MyAirline ditahan untuk siasatan lanjut

Oct 18, 2023 | 03:27 PM



KUALA LUMPUR: Polis baru mengesahkan pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd, Goh Hwan Hua, ditahan malam tadi bersama isteri dan anak lelakinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis sudah mendapat kebenaran untuk menahan ketiga-tiga individu itu selama empat hari bermula hari ini.

“Setakat ini hanya tiga, lebih banyak akan menyusul,” katanya kepada akhbar New Straits Times, Malaysia. Goh, 57; New Ean Lee, 55; dan Goh Tze Han, 26, ditahan di kediaman mereka di Shah Alam malam tadi, seperti dilaporkan agensi berita nasional Bernama awal hari ini.

Ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 12 Oktober, MYAirline mengumumkan penggantungan serta-merta operasinya kerana “cabaran kewangan yang ketara.”

Dilaporkan bahawa syarikat penerbangan bajet itu menyatakan bahawa ia “meneroka semua saluran perkongsian dan penjanaan modal yang berpotensi” untuk menyelamatkan perniagaannya.

Dua hari lalu, MYAirline Sdn Bhd bertegas untuk mengekalkan kesemua sembilan pesawat Airbus A320 miliknya sementara menunggu pelabur baru muncul dan menyelamatkannya daripada masa depan yang suram.

Eksekutif bertanggungjawab sementaranya Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata syarikat penerbangan itu sedang berbincang dengan institusi kewangan yang berkenaan untuk menyimpan kesemua pesawat kecilnya.

Penggantungan operasi pesawat kos rendah MyAirline secara mendadak pada 12 Oktober lalu menjejas 125,000 penumpang dan 900 kakitangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >