Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Ubat terkini perlahankan Alzheimer dapat kelulusan penuh FDA

Jul 07, 2023 | 02:36 PM



WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat telah memberi kelulusan penuh kepada ubat baru bagi penyakit Alzheimer pada Khamis.


Ia menjadi satu langkah yang menjadikan ubat itu lebih mudah didapati kepada orang ramai melalui insurans kesihatan yang dikendalikan pemerintah bagi warga emas.

Ubat Leqembi, yang dibangunkan bersama oleh Eisai Jepun dan Biogen dari Amerika, ditampilkan dalam percubaan klinikal untuk mengurangkan kemerosotan kognitif secara sederhana dalam peringkat awal penyakit tersebut.


Namun, kajian itu turut menimbulkan kebimbangan mengenai kesan sampingan, termasuk pendarahan otak dan bengkak.

Leqembi diberikan “kelulusan dipercepat” oleh FDA pada Januari tetapi ia tidak mencakup secara meluas dalam program Medicare yang dikendalikan pemerintah bagi individu yang berumur 65 tahun ke atas.

Keputusan pada Khamis itu bermakna Medicare kini akan membayar sebahagian besar rawatan, yang pada mulanya disenaraikan oleh pihak pengeluar pada harga AS$26,500 ($36,000) setahun.

“Kajian yang dijalankan mengesahkan bahawa ia adalah rawatan yang selamat dan berkesan buat pesakit Alzheimer,” kata pegawai kanan FDA, Encik Teresa Buracchio, dalam satu kenyataan.

Cik Chiquita Brooks-LaSure, pentadbir agensi yang menguruskan Medicare, pula berkata:

“Ini adalah berita yang dialu-alukan bagi berjuta-juta orang di negara ini dan keluarga mereka yang terjejas oleh penyakit ini.”

Tetapi mereka yang dilindungi Medicare masih perlu memenuhi 20 peratus kos, atau ribuan dolar secara sendiri.

Sekitar 6.5 juta rakyat Amerika mengalami Alzheimer, yang bercirikan kehilangan ingatan dan ketajaman mental yang merosot.

Leqembi, juga dikenali dengan nama lecanemab, adalah cecair antibodi yang disuntik ke dalam otak setiap dua minggu dan berfungsi dengan mengurangkan beta amiloid – protein yang antara lain menyebabkan sel-sel otak mati dan pengecutan otak.


Keputusan FDA disambut baik oleh ramai pesakit.

“Rawatan ini, walaupun bukan penawar tetapi boleh memberi pesakit pada peringkat awal Alzheimer lebih banyak masa untuk mengekalkan kebebasan bergerak dan melakukan perkara yang mereka suka,” kata Dr Joanne Pike, presiden dan ketua eksekutif Persatuan Alzheimer.

“Ini memberi pesakit lebih banyak kesempatan dan ruang untuk mengenali pasangan, anak dan cucu mereka,” jelasnya.

Leqembi adalah ubat Alzheimer kedua yang dihasilkan Eisai dan Biogen.

Yang pertama, Aduhelm, telah diluluskan pada 2021, tetapi keputusan itu sangat kontroversi kerana data tentang keberkesanannya tidak konsisten.


Pada Mei, pembuat ubat Amerika Eli Lilly mengumumkan bahawa ubatnya, donanemab, juga memperlahankan penurunan kognitif yang dikaitkan dengan Alzheimer dan tidak lama lagi akan mendapatkan kelulusan kawal selia di seluruh dunia.


Penyakit Alzheimer menyumbang 60 peratus hingga 80 peratus daripada demensia, menurut Persatuan Alzheimer. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >