Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ukraine dakwa mampu serang semua talian bekalan Moscow

Aug 14, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Tentera Ukraine mendakwa menembak depoh peluru Russia berhampiran jambatan utama semalam dan menyatakan turut berupaya menyerang hampir semua talian bekalan Moscow di wilayah yang diduduki.



Pasukan tentera itu berkata, serangan itu membunuh 11 askar Russia di depoh di kampung Vesele, iaitu kira-kira 130 kilometer menyusuri Sungai Dnipro yang luas dari loji kuasa nuklear Zaporizhzhia yang diduduki Russia.



Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada pihak berkuasa Russia mengenai laporan serangan di wilayah Kherson atau dakwaan jangkauan senjata api Ukraine.



Jurucakap perintah tentera selatan Ukraine, Cik Natalia Humeniu, berkata hampir semua laluan bekalan Russia di bawah 'kawalan tembakan' mereka, yang bermaksud Ukraine boleh menembak mereka dengan senjata jarak jauh dengan sesuka hati.



"Pasukan kami mengawal keadaan di selatan, walaupun musuh cuba membawa masuk rizab tetapi hampir semua saluran pengangkutan dan logistik mereka telah diserang atau berada di bawah kawalan tembakan kami," tambahnya dalam siaran nasional.



Vesele - yang terletak berhampiran jambatan Kakhovskyi, iaitu hanya beberapa meter dari empangan besar - adalah titik persimpangan penting untuk Ukraine cuba melemahkan cengkaman Moscow ke atas sekeping tanah yang didudukinya di tebing barat Dnipro.



Ukraine berkata, mereka sudah dapat menyerang berpuluh-puluh depoh peluru Russia hasil penghantaran sistem peluru berpandu pelbagai pelancaran jarak jauh, seperti Himars yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.



Kyiv berharap dengan memperoleh peluru berpandu baru yang mampu menyerang logistik Russia yang berada jauh di belakang barisan depan, ia boleh mengubah arus konflik dalam beberapa minggu akan datang.



Gambar-gambar satelit yang disiarkan kelmarin juga menunjukkan kemusnahan di pangkalan udara jauh di Crimea yang dibina Russia.



Ia dipercayai diserang Selasa lalu meskipun Kyiv tidak mengaku bertanggungjawab atau menjelaskan bagaimana ia dilakukan.



Pangkalan itu di pantai barat daya Crimea, berada di luar jangkauan roket canggih AS yang digunakan oleh Ukraine sejak bulan lalu, tetapi boleh berada dalam lingkungan sekiranya memperoleh senjata yang lebih canggih seperti yang diminta Kyiv daripada Barat. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >