Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ukraine undang Russia adakan perbincangan di Mariupol

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Ukraine telah mengundang Russia untuk mengadakan perbincangan berhampiran loji pengilangan keluli Azovstal di Mariupol, tempat pejuang Ukraine dan pihak awam sedang bertahan.



Sebahagian besar kota itu pada masa ini telah dikuasai Moscow.



Pemerhati berkata sebarang rundingan yang diadakan di sana juga berbentuk simbolik, kerana kawasan itu adalah kubu pertahanan angkatan bersenjata Ukraine yang terakhir, dalam kota yang menempatkan pelabuhan strategik.



"Kami mengundang Russia mengadakan perbincangan di kawasan betul-betul di luar tembok Azovstal," kata Encik Oleksiy Arestovych, seorang penolong kepada Presiden Volodymyr Zelensky.



Awal dari itu, Kyiv telah menggesa Russia supaya mengadakan gencatan senjata di Mariupol sempena perayaan Easter Ortodoks, yang diraikan di kededua Russia dan Ukraine.



Berhujah di Twitter, seorang penasihat Encik Zelensky, Encik Mikhaylo Podolyak, berkata:



"Russia masih terus menyerang Mariupol Azovstal... tempat pihak awam dan tentera berada yang dibedil dengan bom dari udara dan artileri secara berterusan."



Rejimen Azov, yang membentuk pejuang barisan depan yang sedang mempertahankan Ukraine daripada serangan tentera Russia, telah memberi pengesahan ada pihak awam yang terperangkap dalam loji Azovstal.



Presiden Russia Encik Vladimir Putin mengarahkan angkatan bersenjata negara itu supaya tidak menyerang loji itu pada minggu ini.



Namun, beliau masih mengarahkan mereka supaya terus mengepung kawasan itu.



Dalam pada itu, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bilangan warga Ukraine yang telah melarikan diri dari negara itu sejak ia diserang Russia pada dua bulan lalu telah meningkat kepada hampir 5.2 juta.



Jumlah keseluruhan, iaitu 5.17 juta orang yang dianggarkan kelmarin, adalah 23,000 lebih tinggi berbanding data yang dimiliki pada hari sebelumnya, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, Encik Filippo Grandi.



Lebih 1.15 juta warga Ukraine telah melarikan diri dari negara itu pada bulan ini, berbanding 3.4 juta pada bulan lalu.



"Bagi rakyat Ukraine dan mereka yang terpaksa melarikan diri dari negara itu, Easter ini sekadar satu lagi hari yang dipenuhi ketakutan, kesedihan dan kehilangan... kerana perang diteruskan," kata Encik Grandi.



"Saya harap mereka diiringi kekuatan dan keberanian."



Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa PBB berkata sekumpulan tambahan 218,000 warga, kebanyakannya pelajar dan pekerja migran, telah melarikan diri ke negara-negara jiran sejak 24 Februari.



Wanita dan kanak-kanak merangkumi 90 peratus orang yang telah melarikan diri itu, dengan lelaki berusia antara 18 tahun dengan 60 tahun yang layak menyertai tentera tidak dibenar meninggalkan Ukraine. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >