Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ulama terkemuka Saudi bakal sampaikan khutbah Hari Arafah

Jul 7, 2022 | 5:30 AM
MASJID NAMIRAH: Ramai jemaah haji bakal berkumpul di Masjid Namirah, di Arafah, untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat sempena Hari Arafah. - Foto fail, tangkap layar YOUTUBE
MASJID NAMIRAH: Ramai jemaah haji bakal berkumpul di Masjid Namirah, di Arafah, untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat sempena Hari Arafah. - Foto fail, tangkap layar YOUTUBE -

JEDDAH: Ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Dr Muhammad Al-Issa, seorang anggota Majlis Ulama Kanan dan setiausaha agung Liga Dunia Muslim (MWL), akan menyampaikan khutbah serta memimpin solat di Masjid Namirah pada Hari Arafah esok.

Pihak berkuasa tertinggi telah mengeluarkan kelulusan dalam hal berkenaan, kata ketua pentadbiran Makkah dalam satu kenyataan di akaun Twitter rasminya.

Hari Arafah menandakan kemuncak ibadah haji tahunan.

Berwukuf di Arafah, salah satu daripada empat rukun haji dan ibadah haji tahunan paling penting, akan bermula selepas khutbah Arafah dan menunaikan solat zuhur dan asar.

Dr Al-Issa diiktiraf secara meluas sebagai suara sejagat terkemuka mengenai Islam sederhana, komited untuk membawa kesedaran sejagat kepada mesej ihsan sebenar dalam agama Islam, persefahaman dan kerjasama dalam kalangan manusia.

Beliau yang merupakan mantan menteri kehakiman Saudi, terkenal kerana selalu menyeru masyarakat Islam di negara bukan Islam supaya menghormati perlembagaan, undang-undang dan budaya negara tempat mereka tinggal.

Beliau juga menyeru mereka untuk memahami bahawa tuntutan mereka terhadap privasi agama adalah mengikut undang-undang dan dengan cara aman, dan bahawa mereka mesti menghormati keputusan muktamad yang memutuskan tuntutan mereka, sama ada keputusan itu daripada pihak berkuasa perundangan atau kehakiman.

Di peringkat akademik, Dr Al-Issa mempunyai pengkhususan dalam Syariah Islam, undang-undang perlembagaan dan pentadbiran, selain mengarang beberapa buku dan menerbitkan artikel mengenai Syariah, undang-undang dan banyak isu intelektual.

Beliau juga mengajar Syariah dan undang-undang di beberapa universiti Saudi, menyelia dan membincangkan banyak tesis kedoktoran dan sarjana, dan menyampaikan syarahan di institusi dan universiti intelektual antarabangsa di seluruh dunia. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg