Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umat Islam perlu pertahan institusi masjid daripada jadi gelanggang politik: Agong

Apr 06, 2023 | 12:26 PM



MELAKA: Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, berharap agar umat Islam terus mempertahankan institusi masjid daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak.


Beliau berkata masjid perlu menjadi satu institusi yang cukup suci, mulia dan dihormati, sekali gus menjadi contoh kepada agama lain.


“Kita tak mahu adanya institusi masjid ini tempat kita berpecah-belah…nauzubillah.

“Kita semua harus menentukan keharmonian masjid ini dipelihara oleh kita umat Islam, bukan pemimpin semata-mata tetapi kariah masjid berkenaan.


“Saya akan sentiasa ingatkan khususnya di Pahang masjid tak boleh dicampuri unsur-unsur politik waima siapa sekali pun,” ujarnya pada satu majlis pada Rabu, lapor Berita Harian Malaysia.


Sebelum ini sebilangan sultan di beberapa negara turut menyuarakan seruan supaya masjid tidak gelanggang politik mana-mana pihak.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >