Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Umno gesa parti dalam kerajaan perpaduan tidak terima ahli dipecat, digantung

Feb 06, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno berharap parti-parti dalam kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menerima ahli-ahli yang dipecat atau digantung atas dasar saling menghormati sebagai rakan dalam pentadbiran kerajaan.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ahli Umno yang dipecat atau digantung tentu berupaya 'menjangkiti' parti baru mereka dan boleh menjejaskan keharmonian sebagai rakan dalam gabungan itu.



"Atas dasar saling hormat-menghormati, wajarlah permohonan mereka itu ditolak dan tidak menerima mana-mana ahli Umno yang ingin menyertai parti dalam kerajaan perpaduan sekarang.



"Mengapa mereka tidak pula memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas yang sebelum ini dikatakan 'mesra' dan tidak bersama kerajaan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang dipecat, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menyatakan hasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Datuk Seri Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian selepas menghadiri sebuah majlis walimah di Taman Permata Kayu Ara Pasong kelmarin, lapor agensi berita.



Baru-baru ini, Datuk Zahidi, yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, telah meluahkan hasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun akhirnya menyertai Parti Amanah Negara.



Beliau sebelum ini telah dipecat sebagai ahli Umno berikutan langkahnya bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ( PRU15) apabila tidak dicalon semula oleh Umno.



Umno juga tidak mengetahui bahawa Datuk Zahidi juga akan membawa kira-kira 100 ahli Bahagian Padang Besar untuk bersamanya menyertai PKR.



Bulan lalu, Umno telah memecat sejumlah 44 ahli bagi pelbagai kesalahan termasuk bertanding sebgai calon bebas dan membantu calon pembangkang dalam ketika menjatuhkan undi.



Dalam perkembangan berkaitan, beliau, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, memaklumkan setakat ini Ibu Pejabat Umno belum menerima surat rayuan daripada pemimpin dan ahli yang dipecat atau digantung keahlian.



Minggu lalu, Majlis Kerja Tertingi (MKT) Umno memecat bekas Ketua Pemuda, Encik Khairy Jamaluddin, dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Naib Ketua Pemuda Umno, Encik Shahril Hamdan, serta beberapa pemimpin lain pula digantung keahlian selama enam tahun. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >