Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perhimpunan Agung Umno

‘Umno perlu ada huraian pelan tindakan jika mahu kekal relevan’

Jun 08, 2023 | 01:06 PM



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, mahu generasi baru parti itu mempunyai agenda Melayu yang lebih tuntas dan seiring zaman.


Katanya, jika ingin kekal relevan, Umno perlu mewujudkan pelan tindakan baharu yang mengutamakan agenda Melayu.

“Umno belum berjaya menampilkan agenda yang lebih progresif untuk bangsa Melayu. Oleh itu, kaum Bumiputera jauh ketinggalan berbanding kaum lain di negara ini.

“Orang Melayu kita masih tergolong dalam kumpulan miskin tegar, dengan kadar kemiskinan tertinggi berbanding masyarakat yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serentak, yang turut dihadiri tiga Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini pada Rabu.

Datuk Mohamad mencadangkan kepada pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk menggunakan perhimpunan kali ini sebagai wadah memberikan saranan bagaimana Umno harus mengemudi masa depan parti dengan rakan-rakan politiknya dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya Umno perlu meninggalkan politik yang jumud dan menjarakkan diri daripada pemikiran politik sempit.

“Berhentilah menagih segala jawatan, segala kontrak, dan segala gelaran. Jangan terpedaya dengan kilauan kuasa dan imbuhan, dek kerana kita adalah sebahagian daripada kerajaan waktu ini,” katanya.

Datuk Mohamad berkata solusi Umno untuk segala pemasalahan rakyat dan orang Melayu mestilah dalam satu bentuk pelan tindakan kemajuan dan pemodenan bangsa Melayu yang lengkap, menyeluruh dan kalis masa.

“Jika Umno tidak menyediakan pelan tindakan sebegini, maka bagaimana kita akan merencana program yang sistematik untuk kemajuan bangsa Melayu,” katanya.

Ahli Parlimen Rembau itu seterusnya mengajak perwakilan Umno memulakan langkah berani dan tegas dalam merangka pelan tindakan baru itu dengan membawa Agenda Melayu yang moden dan maju untuk meyakinkan bangsa Melayu bahawa Umno ada rencana yang jelas untuk bangsa.

“Dengan demikian, kita dapat membuktikan bahawa kita sedar akan masalah yang melingkari bangsa Melayu, dan kita ada strategi dan rancangan jangka panjang untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata hanya dengan kewujudan pelan tindakan baharu, Umno dapat membezakan daripada parti politik yang menunggang agama dan bangsa dalam landskap politik Malaysia.

Datuk Mohamad turut mengusulkan supaya Umno menganjurkan sebuah Kongres Melayu untuk menghimpunkan pemikir terbaik bangsa untuk membantu Umno menghasilkan pelan tindakan Melayu Maju.

Timbalan Presiden Umno itu turut menyuarakan kebimbangan dengan trend ahli politik mahupun pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang menabur kenyataan retorik sehingga mengancam perpaduan kaum serta menimbulkan kegelisahan rakyat. 

Beliau berkata golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam malah mengheret institusi Raja dalam kancah politik dengan nada yang tiada susila.

Datuk Mohamad bimbang dengan trend ahli politik mahupun pemimpin NGO yang menabur kenyataan retorik sehingga mengancam perpaduan kaum serta menimbulkan kegelisahan rakyat. 

Katanya golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam malah mengheret institusi Raja dalam kancah politik dengan nada yang tiada susila.

“Tindakan mempersendakan Islam dan institusi utama negara ini juga semakin kuat kedengaran. Ini semua tidak sepatutnya berlaku. Malaysia kurun ke-21 seharusnya menjadi lebih baik, lebih bermutu dan lebih berperlembagaan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >