Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

‘Umno perlu penyembuhan segera’

Saranan dibuat oleh ketua Majlis Bekas Wakil Rakyat M’sia yang anggap Umno kini seolah-olah hilang taring
Aug 22, 2023 | 06:00 AM



Umno perlu segera menjalankan kajian dan analisis terperinci agar dapat kembali memperkukuhkan tapak perjuangan parti itu yang dilihat semakin merosot kini.

Saranan itu disuarakan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) yang melihat Umno kini bukan lagi komponen parti yang kuat dalam mana-mana kumpulan dan memerlukan ‘penyembuhan’ segera jika mahu terus bertahan dalam pentas politik negara.

Presidennya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata pimpinan Umno di semua peringkat perlu terbuka dan ikhlas memberi dan menerima kritikan, serta berhenti memikirkan kepentingan diri melebihi parti.

“Apa yang saya lihat sekarang ini semua di dalam Umno tidak bersuara secara ikhlas antara sesama pemimpin. Baik pimpinan Majlis Kerja Tertinggi mahupun sayap Pemuda, Wanita dan Puteri sendiri.

“Sepatutnya mereka duduk semeja dan analisis mengapa Umno semakin ditolak sehingga kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu dan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Selepas mesyuarat itu, bulatkan keputusan dengan penuh ikhlas kerana parti, bukan kerana kepentingan individu tertentu. Jangan hancurkan masa depan Umno,” katanya kepada Berita Harian (BH).


Tan Sri Abdul Aziz menambah, apa yang paling penting adalah untuk Umno memulihkan parti itu dari dalam terlebih dahulu, sebelum melihat ancaman atau cabaran daripada unsur luar.

“Sekiranya dalaman Umno itu sudah kukuh, percayalah ia akan menjadi benteng kuat untuk segala cubaan atau usaha untuk menjatuhkan Umno itu sendiri. Oleh itu pulihkan dalaman Umno dengan segera,” katanya.

Beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap Umno yang sebelum ini lantang menjadi pejuang kepada isu agama Islam dan kaum Melayu yang menjadi pertikaian pihak lain di negara ini.

“Tetapi kini 3R (raja, agama dan kaum) ini jadi satu formula yang mengancam kita. Jadi Umno perlu pertajamkan tapak untuk melawan segala hujah pihak lain yang memainkan isu menyentuh 3R ini terutama bagi bangsa Melayu dan agama Islam,” katanya.

Kata Tan Sri Abdul Aziz, Umno bukan sahaja akan terus kehilangan sokongan jika masih lalai mendengar teguran rakyat dan akar umbi, tetapi juga kehilangan pemimpin pelapis dilahirkan dari Umno yang pernah menjadi parti keramat selama 60 tahun.

“Kita menyaksikan pemimpin berkaliber dalam Umno yang disingkirkan daripada parti. Ini menunjukkan dalam parti itu sendiri tidak kukuh perjuangannya, termasuklah di peringkat atasan.

“Keputusan seperti ini mengecewakan orang muda terutama pengundi usia 18 tahun yang belum begitu cerdik politik, yang belum ada pandangan politik yang tepat dan mendalam, jadi mereka ini akan dibentuk oleh laporan di media sosial.

“Ini sebenarnya amat merugikan Umno yang memerlukan sokongan orang muda. Bagaimana mahu menarik kepercayaan rakyat terutama orang muda terhadap Umno? Jawapannya, Umno perlu perubahan drastik,” katanya.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, buat kali pertama gabungan Barisan Nasional (BN) yang dianggotai Umno, Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) tidak membentuk kerajaan setelah tewas kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU14.

Pada PRU15 November tahun lalu, BN-Umno pimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tersungkur lebih teruk apabila kalah lebih banyak kerusi dengan BN-Umno hanya menang 30 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Kemerosotan prestasi BN-Umno terus merudum walaupun telah menjalin kerjasama dengan PH dalam gabungan perpaduan ketika PRN di enam negeri yang berlangsung 12 Ogos lalu apabila hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >