Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS POLITIK DI SABAH

Umno Sabah tolak pelantikan 2 anggota dalam Kabinet negeri

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Umno Sabah tidak akan mengiktiraf pelantikan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dalam Kabinet negeri, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin.



Ketua Umno Sabah itu berkata Datuk Shahelmey Yahya dan Datuk James Ratib tidak mewakili parti itu.



"Pelantikan Kabinet negeri baru melibatkan dua wakil Umno Sabah. Mereka tidak mewakili parti dan kami tidak akan mengiktiraf pelantikan mereka," kata Datuk Bung dalam satu kenyataan, lapor The Star.



Beliau menambah, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, tidak boleh mengatakan kedua-dua mereka mewakili Umno dalam Kabinet.



Datuk Bung menuduh Datuk Hajiji, juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mengetepikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Nampaknya Ketua Menteri tidak ambil peduli pandangan PM untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Sabah," katanya.



Datuk Bung, juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Adun Lamag berkata keputusan Datuk Shahelmey dan Datuk Ratib untuk menyokong kerajaan GRS pimpinan Datuk Hajiji telah menjejas Umno.



Datuk Bung berkata kedua-dua mereka bertindak demi kepentingan diri sendiri tanpa mengambil kira masa depan parti.



Datuk Shahelmey dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya Negeri, sementara Datuk Ratib menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.



Kedua-duanya adalah antara lima Adun Umno Sabah yang menentang keputusan Datuk Bung untuk menarik diri daripada kerajaan gabungan GRS-Barisan sebelum ini.



Datuk Bung berkata Umno Sabah akan merujuk perkara itu kepada lembaga disiplin parti di peringkat kebangsaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >