Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno tak puas hati kerajaan PN teruskan kes mahkamah

Jan 07, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Salah satu sebab utama Umno tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan pemimpinnya, dedah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.



Beliau yang merupakan salah seorang pemimpin Umno yang dihadapkan ke mahkamah, berkata perkara itu sebenarnya mengatasi rasa tidak puas hati Umno dalam soal lain seperti agihan jawatan dalam kerajaan, lapor laman berita Malaysiakini.



"... Rasa tidak puas hati ialah bukan kerana jawatan sangat, tetapi kerajaan sekarang meneruskan kezaliman kerajaan dahulu. Ini tak wajar dibuat.



"Kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara) Tommy Thomas dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya," ujarnya yang baru dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang dipecat kelmarin. (5 Jan)



Malam tadi, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengadakan mesyuarat yang membincangkan mengenai pendirian parti itu dalam kerajaan PN, termasuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >