Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS umum pakej bantuan senjata AS$300j kepada Ukraine

Jun 1, 2023 | 4:37 PM
BANTUAN SENJATA: Pakej baru bantuan senjata Amerika Syarikat kepada Ukraine dapat membantu negara itu melancarkan serangan balas terhadap Russia.
BANTUAN SENJATA: Pakej baru bantuan senjata Amerika Syarikat kepada Ukraine dapat membantu negara itu melancarkan serangan balas terhadap Russia. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Pentagon mengumumkan pada Rabu, satu pakej baru senjata bernilai AS$300 juta ($406 juta) kepada Ukraine, termasuk sistem pertahanan udara dan puluhan juta peluru.

Jabatan Pertahanan berkata pengiriman terkini bantuan Amerika Syarikat kepada Ukraine sejak Russia melancarkan serangan pada Februari 2022, berjumlah AS$37.6 bilion.

“Amerika akan terus bekerjasama dengan rakan dan sekutunya, untuk membekalkan Ukraine dengan peralatan bagi memenuhi keperluannya di medan perang dan keperluan bantuan keselamatan buat jangka panjang,” kata Pentagon dalam satu kenyataannya.

Amerika menerajui usaha Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan lain-lain negara sekutunya untuk membekalkan Ukraine persenjataan dan bantuan lain.

Pengiriman senjata yang baru ini diatur sedang Ukraine membuat persiapan melancarkan serangan balas, bertujuan mengusir tentera Russia dari wilayah yang didudukinya di bahagian timur dan selatan negara itu.

Pentagon berkata pakej bernilai AS$300 juta itu termasuk peluru bagi sistem pertahanan udara Patriot, peluru berpandu pertahanan udara AIM-7, sistem pertahanan udara Avenger dan peluru berpandu penangkis pesawat, Stinger.

Pakej itu juga termasuk bekalan peluru bagi Sistem Roket Meriam Mobiliti Tinggi, peluru meriam 155mm dan 105mm, peluru kereta kebal 105mm dan roket pesawat Zuni.

Amerika juga akan mengirimkan lebih 30 juta peluru bagi senjata kecil kepada Ukraine, ujar Pentagon. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg