Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS lulus jual sistem pertahanan udara AS$285j kepada Ukraine

May 25, 2023 | 5:15 PM
SISTEM PERTAHANAN UDARA: Amerika Syarikat meluluskan penjualan sistem pertahanan udara Nasams bernilai $385 juta bagi meningkatkan keupayaan pertahanan udara Ukraine menentang serangan udara Russia.
SISTEM PERTAHANAN UDARA: Amerika Syarikat meluluskan penjualan sistem pertahanan udara Nasams bernilai $385 juta bagi meningkatkan keupayaan pertahanan udara Ukraine menentang serangan udara Russia. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengumumkan pada Rabu, akan membekalkan sistem pertahanan udara Nasams berserta peralatan kelengkapannya kepada Ukraine, bernilai AS$285 juta ($385 juta), bagi meningkatkan keupayaan pertahanannya daripada serangan Russia.

“Ukraine perlu segera meningkatkan keupayaan pertahanannya daripada serangan peluru berpandu dan jet pejuang Russia,” kata Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Amerika Syarikat (DSCA), dalam satu kenyataannya.

“Mendapatkan dan mengirim secara efektif kelengkapan ini akan meningkatkan keupayaan Ukraine mempertahankan rakyatnya dan melindungi infrastruktur negara yang kritikal.”

Agensi itu juga berkata kelulusan penjualan itu akan membantu dasar luar Amerika, mencapai matlamat keselamatan kebangsaan bagi negara-negara rakannya, memelihara kestabilan politik serta kemajuan ekonomi di Eropah.

Penjualan itu tidak memerlukan tambahan kakitangan pemerintah Amerika atau kontraktor untuk dikirim ke Ukraine, ujar kenyataan itu.

Jabatan Negara Amerika meluluskan penjualan tersebut dan DSCA pada Rabu telah menyampaikan pernyataan kepada Dewan Kongres, yang perlu menandatangani dokumen transaksinya.

Negara-negara termasuk Amerika yang menyokong Ukraine menentang pencerobohan Russia, telah menyumbangkan puluhan bilion dolar bagi peralatan ketenteraan kepada Kyiv, tetapi kali ini ia adalah satu penjualan.

Pertahanan udara Ukraine memainkan peranan penting bagi melindungi negara itu daripada serangan dan mencegah Moscow daripada menguasai ruang udara.

Apabila Russia menyerang pada Februari 2022, pertahanan udara Ukraine sebahagian besarnya menggunakan pesawat dan persenjataan zaman Soviet.

Kini, semua itu sudah banyak diperbaiki oleh penyokong antarabangsa, yang menyumbangkan sistem pertahanan kepada Kyiv, termasuk sistem Nasams ini. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg