Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS undang Menteri Luar China, Wang Yi ke Washington

Aug 02, 2023 | 02:59 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat secara rasmi telah mengundang Menteri Luar China yang baru dilantik semula, Encik Wang Yi, ke Washington, kata Jabatan Negara Amerika pada Selasa selepas Beijing tiba-tiba melucutkan jawatan menteri luarnya sebelum ini.


China melantik semula diplomat veteran itu minggu lalu, menggantikan Encik Qin Gang, yang tidak menghadirkan diri selepas hanya tujuh bulan bertugas – sesuatu yang menimbulkan persoalan mengenai ketelusan.

Kementerian Luar China hanya berkata Encik Qin tidak bekerja atas sebab kesihatan yang tidak dinyatakan.

Undangan kepada Encik Wang diberikan pada Isnin semasa mesyuarat di Jabatan Negara antara Penolong Setiausaha bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Encik Daniel Kritenbrink dengan Encik Yang Tao, Ketua Pengarah Hal Ehwal Amerika Utara dan Oceania di Kementerian Luar China, kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Matthew Miller, kepada pemberita.

“Dalam mesyuarat semalam, kami telah menghantar undangan yang sebelum diberikan kepada Encik Qin Gang,’‘ katanya.

Encik Miller tidak menyatakan sama ada pihak China telah menerima undangan itu tetapi menambah bahawa ini adalah jangkaan Washington.

“Kami pastinya menjangkakan bahawa ia adalah sesuatu yang mereka akan terima dan merupakan perjalanan yang kami jangka akan berlaku, tetapi kami belum lagi menjadualkan tarikh,” ujar beliau.

Jurucakap kedutaan China di Washington berkata bahawa dalam “perundingan” dengan Encik Kritenbrink, kededua pihak telah “bertukar pandangan yang jujur, mendalam dan membina mengenai hubungan China-Amerika serta isu sejagat dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama.”

“Mengenai pertukaran peringkat tinggi, kededua pihak telah mengekalkan komunikasi yang diperlukan,” tambah jurucakap itu.

Pihak Amerika menyifatkan perbincangan tersebut sebagai “terus terang, substantif dan produktif” dan “sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengekalkan talian komunikasi terbuka dan menguruskan hubungan dua hala secara bertanggungjawab.”

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, bertemu Encik Qin pada 18 Jun, dalam lawatan pertama diplomat tertinggi Amerika ke China dalam tempoh lima tahun.


Jabatan Negara Amerika kemudian berkata bahawa mereka mengadakan perbincangan “terus terang, substantif, dan membina”, dan Encik Blinken menjemput Encik Qin ke Washington untuk meneruskan perbincangan.


Encik Blinken kemudiannya bertemu Encik Wang di luar sebuah mesyuarat serantau di Jakarta semasa ketiadaan Encik Qin.


Encik Wang, 69 tahun, berkhidmat sebagai Menteri Luar China dari 2013-2022 ketika hubungan tegang dengan Amerika hingga ke tahap yang disifatkan Beijing sebagai paras terendah sepanjang masa. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >