Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Undian S’pura pada resolusi lindungi orang awam dibuat selepas pertimbangan teliti

Oct 28, 2023 | 08:11 PM



Berikut adalah kenyataan Encik Burhan Gafoor tentang undian yang dibuat Singapura bagi menyokong gencatan senjata yang diusulkan PBB selepas mengambil resolusi berjudul Perlindungan Orang Awam dan Menjaga Kewajipan Undang-Undang dan Kemanusiaan pada Sidang Khas Darurat, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


“Singapura mengundi untuk menyokong resolusi (berjudul Perlindungan Orang Awam dan Menjaga Kewajipan Undang-Undang dan Kemanusiaan) ini selepas pertimbangan yang sangat teliti.


Kami amat kesal kerana resolusi ini mempunyai dua pengecualian yang ketara dan menyerlah.

Pertama, ia tidak menyebut peranan Hamas dalam melakukan serangan keganasan besar-besaran yang diselaras, yang membawa kepada pembunuhan kejam 1,400 warga Israel dan lain-lain serta penculikan lebih 200 tebusan. Ini adalah tindakan keganasan yang kami kecam dengan tegas, dan perbuatan keji Hamas tidak boleh dibenarkan oleh sebarang rasional sekalipun. Kami mengulangi gesaan kami untuk pembebasan segera, tanpa syarat dan selamat semua orang awam yang dijadikan tebusan.

Kedua, resolusi ini tidak mengiktiraf hak sah Israel untuk mempertahankan rakyat dan wilayahnya dengan mematuhi undang-undang antarabangsa. Seperti mana-mana negara, Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada serangan pengganas yang kejam, untuk melindungi rakyatnya daripada keganasan yang tidak masuk akal dan demi memastikan wilayahnya selamat.

Walau bagaimanapun, Singapura menyokong resolusi ini kerana kami sentiasa menjadi penyokong dan pembela undang-undang antarabangsa yang konsisten, Piagam PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan sistem pelbagai hala berasaskan peraturan.

Resolusi ini menegaskan semula kewajipan semua pihak untuk menghormati dan menegakkan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Ia melahirkan sokongan padu terhadap usaha-usaha Setiausaha Agung PBB, dan gesaannya bagi mendapat akses segera dan tanpa had dalam memberi bantuan kemanusiaan, dan untuk bertindak balas terhadap keperluan paling asas penduduk awam Palestin di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Ia menuntut semua pihak dengan segera dan sepenuhnya mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Kewajipan ini telah dinyatakan dalam banyak Resolusi Majlis Keselamatan PBB. Semua nyawa orang awam yang tidak bersalah mesti dilindungi. Terima kasih atas perhatian anda.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >