Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ungkapan "Jadi apa?" Presiden Brazil buat rakyat marah

May 2, 2020 | 6:16 PM
TIMBULKAN KEMARAHAN RAKYAT: Ungkapan "Jadi apa?" oleh presiden Brazil Jair Bolsonaro telah mengakibatkan rakyat marah terhadapnya. Sejauh ini Brazil menghadapi lebih 91,000 kes yang disahkan secara rasmi tetapi saintis memberi amaran bahawa jumlah sebenar boleh menjangkau 15 hingga 20 kali lebih tinggi.
TIMBULKAN KEMARAHAN RAKYAT: Ungkapan "Jadi apa?" oleh presiden Brazil Jair Bolsonaro telah mengakibatkan rakyat marah terhadapnya. Sejauh ini Brazil menghadapi lebih 91,000 kes yang disahkan secara rasmi tetapi saintis memberi amaran bahawa jumlah sebenar boleh menjangkau 15 hingga 20 kali lebih tinggi. - - Foto: EPA EFE

RIO DE JANEIRO: Jarang sekali ungkapan dua perkataan boleh menimbulkan kontroversi dan kemarahan meluap.

"Jadi apa?" ungkap Presiden Brazil, Encik Jair Bolsonaro, pada Selasa lalu apabila ditanya seorang wartawan tentang lebih 5,000 rakyat Brazil telah terkorban akibat koronavirus.

Ungkapan 'So what?' atau 'Jadi apa?' oleh pemimpin berhaluan kanan itu tekah menimbulkan kemarahan sejak itu, dengan gabenor, ahli politik, karyawan penjagaan kesihatan dan tokoh media semua melahirkan kemarahan di atas sikap kurang berperasaan beliau itu.

Encik Bolsonaro bukan asing pada kontroversi tetapi ungkapan terakhirnya ini menimbulkan amarah kerana Brazik sedang menghadapi penularan yang tidak terkawal dan masih beberapa minggu lagi dari menghadapi puncak pandemik, dengan jumlah kematian terus melonjak - mengatasi jangkaan paling buruk.

Sejauh ini Brazil menghadapi lebih 91,000 kes yang disahkan secara rasmi tetapi saintis memberi amaran bahawa jumlah sebenar boleh menjangkau 15 hingga 20 kali lebih tinggi.

Dengan jumlah kematian kini mencecah 6,300, negara gergasi Amerika Selatan itu menghadapi keadaan serupa Italy atau Amerika Syarikat.

"Jadi apa? Saya minta maaf. Apa yang awak ingin saya lakukan?", tanya Encik Bolsonaro pada Selasa lalu apabila ditanya tentang keadaan negaranya melepasi angka 5,000 kematian, melebihi China.

Beliau melawak bahawa meskipun nama tengahnya adalah Messias, atau Messiah, bererti 'penyelamat', "saya tidak melakukan mukjizat," katanya.

Gabenor negeri Rio de Janeiro, Encik Wilson Witzel, menyifatkan kenyataan presiden itu "benar-benar tidak boleh diterima." Dengan keadaan kesihatan awam negerinya mengalami kemusnahan, Encik Witzel menemplak presiden kerana "bermain kata tentang kematian" dan bukan tampil "sebagai pemimpin yang diperlukan saat ini."

"Lakukan tugas anda," kata Encik Witzel di Twitter, pada Rabu lalu, hari di mana presiden yang cendurung pada penggunaan senjata api itu berlatih di lapang sasaran, jauh dari keadaan buruk yang dihadapi 210 juta rakyat Brazil.

Ungkapan "Jadi apa?" Encik Bolsonaro menunjukkan "betapa beliau tidak memberi perhatian penuh kepada keadaan yang berlaku", kata penganalisa politik, Encik Andre Pereira Cesar. "Jika presiden tidak memikul tanggungjawab kepimpinan semasa dalam masa perang menentang virus ini, beliau akan dihukum sekeras-kerasnya - oleh sejarah dan oleh pengundi," beliau memberi amaran. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg