Unicef hantar keperluan sekolah ke Gaza selepas sekatan Israel berakhir

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Unicef hantar keperluan sekolah ke Gaza selepas sekatan Israel berakhir

Jan 28, 2026 | 12:43 PM

Unicef hantar keperluan sekolah ke Gaza selepas sekatan Israel berakhir

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kanak-kanak Palestin menghadiri kelas dalam khemah di kejiranan Tal Al Hawa, Bandar Gaza.
Kanak-kanak Palestin menghadiri kelas dalam khemah di kejiranan Tal Al Hawa, Bandar Gaza. - Foto: EPA

GAZA: Tabung Bantuan Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) buat kali pertama dalam tempoh dua setengah tahun telah dapat menghantar bahan pembelajaran ke Gaza.

Ini selepas Israel menarik balik sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel.

Beribu-ribu keperluan sekolah termasuk pensel, buku latihan dan kiub kayu untuk bermain, kini telah pun memasuki kawasan tersebut, kata Unicef pada 27 Januari.

“Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kami telah menerima beribu-ribu kit rekreasi, beratus-ratus kit sekolah dalam karton. Kami sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk 2,500 lagi kit sekolah, pada minggu depan kerana ia telah diluluskan,” kata jurucakap Unicef, Encik James Elder.

Cogat, cabang tentera Israel yang menyelia aliran bantuan ke Jaluran Gaza, tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.

Kanak-kanak di Gaza telah menghadapi serangan yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap sistem pendidikan, serta sekatan ke atas kemasukan beberapa bahan bantuan, termasuk buku dan alat-alat tulis.

Sekatan itu bermakna para pendidik terpaksa bergantung pada sumber yang terhad dan kanak-kanak mengikuti kelas pada waktu malam di dalam khemah tanpa lampu, kata Encik Elder.

Semasa konflik itu, sesetengah kanak-kanak terlepas pendidikan sama sekali, menghadapi cabaran asas seperti terpaksa mencari bekalan air, serta kekurangan zat makanan yang meluas, di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang meruncing sewaktu perang di Gaza.

“Sudah lebih dua tahun kanak-kanak dan organisasi seperti Unicef ​​tanpa bahan-bahan pendidikan. Nampaknya kita akhirnya melihat perubahan sebenar,” tambah Encik Elder.

Unicef ​​sedang meningkatkan bantuan pendidikannya untuk menyokong separuh daripada kanak-kanak usia sekolah – sekitar 336,000 – dengan sokongan pembelajaran.

Pengajaran kebanyakannya dijalankan dalam khemah kerana kebanyakan bangunan sekolah dan kemudahan asas telah musnah akibat serangan Israel ke atas Gaza susulan meletusnya perang pada 7 Oktober 2023.

Sekurang-kurangnya 97 peratus sekolah mengalami kerosakan dan masih belum dibagunkan semula, menurut penilaian satelit terbaru oleh PBB pada Julai.

Israel sebelum ini menuduh Hamas dan kumpulan militan lain secara sistematik berlindung di kawasan dan struktur awam, termasuk sekolah, dan menggunakan orang awam sebagai perisai mereka.

Sebahagian besar ruang pembelajaran yang disokong oleh Unicef ​​terletak di kawasan tengah dan selatan Gaza kerana ia masih sukar untuk beroperasi di utara, yang sebahagiannya musnah teruk pada bulan-bulan terakhir konflik, jelas Encik Elder. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg